30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Petua Halau Semut Tanpa Guna Bahan Kimia

    Shopee Sale

    Kehadiran semut dalam rumah sering dipandang remeh, namun hakikatnya ia berpotensi membawa risiko kepada penghuni.

    Artikel Berkaitan: Kelebihan Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Jantung & Pesakit Diabetes

    Artikel Berkaitan: Kasut Cepat Rosak & Berbau? Ini Tip Penyimpanan Yang Betul Untuk Tahan Lebih Lama

    Elak sebelum membentuk koloni

    Semut tertarik kepada sisa makanan, minuman manis serta kawasan yang lembap, menyebabkan ia mudah membiak dan membentuk koloni dalam tempoh yang singkat.

    Dalam sesetengah keadaan, gigitan semut juga boleh menyebabkan iritasi kulit, alahan atau jangkitan ringan, terutamanya bagi kanak-kanak dan individu yang berkulit sensitif.

    Terdapat pelbagai kaedah tradisional yang menggunakan bahan semula jadi bagi menghalau semut tanpa kandungan bahan kimia seperti serbuk kapur.

    Selain itu, minyak pati seperti lemon dan serai, serta cuka, berkesan kerana baunya yang kuat mampu menghalau semut, dan menghilangkan kesan yang menarik perhatian serangga kecil ini.

    MENARIK:  Bukan Sekadar Ustaz ‘Penunggang’, Rupa Paras Kacak Firdaus Karim Mula Curi Tumpuan

    Beberapa daun herba seperti daun pudina, daun salam, daun sirih, dan daun pandan juga boleh ditaburkan atau diletakkan di kawasan strategik kerana aromanya yang tidak digemari semut.

    Seterusnya, beberapa bahan semula jadi seperti serbuk kopi, serbuk paprika dan lada kering berfungsi sebagai halangan fizikal dan aromatik, sekali gus menyukarkan pergerakan semut.

    Sebagai bahan semula jadi tanpa kimia, kulit limau dan abu kulit telur yang dibakar turut boleh digunakan untuk membersihkan permukaan serta bertindak sebagai halangan fizikal bagi menghalau semut.

    Di samping itu, semut juga makhluk ciptaan Allah yang sentiasa berzikir, jadi berbicara dengan mereka secara hormat sambil memohon agar berpindah ke tempat lain boleh dianggap sebagai salah satu cara tradisional yang berkesan.

    Sumber: Rona

    The post Petua Halau Semut Tanpa Guna Bahan Kimia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah