34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Petra Lebaran 2026 Angkat Warisan Nusantara Dengan Pendekatan Moden

    Shopee Sale

    Petra Lebaran 2026 kembali dengan mengangkat tema warisan Nusantara yang ditafsir semula melalui perspektif kontemporari, dengan pendekatan berani namun bersahaja.

    Artikel Berkaitan: ‘Alphanite Adalah Nyawa Alpha’ – Rizal Rasid

    Artikel Berkaitan: Rayme Zainal Fokus Bidang Penganjuran Acara, Gema Raya Putrajaya 2026 Jadi Penanda Aras Baharu

    Petra Lebaran 2026

    Kekal dengan identitinya, Petra tampil meraikan keyakinan wanita moden melalui rekaan yang tenang, matang dan sarat makna setelah hampir sedekad di dalam industri fesyen.

    Petra menyatukan dua dunia iaitu fesyen dan hospitaliti bagi acara pelancaran koleksi baju raya tahun ini menerusi kolaborasi eksklusif bersama Hilton Petaling Jaya.

    Berinspirasikan siluet klasik Baju Kurung, koleksi ini diberi sentuhan moden melalui potongan yang kemas, penggunaan fabrik mewah serta cetakan yang dipilih dengan teliti.

    Setiap rekaan mengekalkan identiti ekspresif tanpa keterlaluan, berakar tradisi namun diberi sentuhan segar yang sesuai dengan gaya hidup masa kini.

    MENARIK:  Hafidz Roshdi Absen Dari Perbicaraan, Nurul Shuhada Kecewa Tetapi Berusaha Naik Bas Awal Pagi

    Budaya nusantara

    Tahun ini, Petra menjadikan kekayaan budaya Nusantara sebagai sumber inspirasi utama, lalu menghasilkan koleksi yang terasa dekat di hati, namun diberi pembaharuan untuk menonjolkan nilai kewanitaan, kelembutan dan identiti serantau dalam gaya moden yang halus.

    Direka untuk memenuhi pelbagai saiz dan gaya wanita moden, Petra Lebaran 2026 ditujukan kepada mereka yang tampil yakin sambil menghargai nilai warisan. Ia bukan sekadar busana raya, tetapi lambang budaya yang membentuk jati diri dan pegangan.

    Petra Lebaran 2026 menampilkan 28 rekaan eksklusif merangkumi koleksi wanita, Petra Petite untuk kanak-kanak serta Baju Melayu Teluk Belanga.

    Selain itu para tetamu, pempengaruh dan rakan selebriti yang hadir pada majlis pelancaran koleksi Petra Lebaran 2026 itu menjadi saksi kehalusan rekaan, ketelitian seni jahitan dan keanggunan abadi.

    The post Petra Lebaran 2026 Angkat Warisan Nusantara Dengan Pendekatan Moden first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah