31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Persembahan Memukau Mahalini Di Lovechestra: Suara Seruling Di Atas Buaian Bak Puteri Kayangan Membuat Penonton Tersedu

    Shopee Sale



    Konsert Lovechestra Mahalini telah berlangsung dengan meriahnya di Megastar Arena, Sungei Wang pada Sabtu malam.

    Lovechestra Mahalini Live In KL

    Konsert yang bertemakan ‘Lovechestra’ (love + orchestra) diserikan dengan iringan kumpulan orkestra seramai 20 orang pemuzik profesional tempatan yang terpilih dengan pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan juga Dennis Nusi. Sepanjang 2 jam konsert berlangsung, para penonton dipersembahkan dengan hampir 16 buah lagu kesemuanya seperti Sial, Sisa Rasa, Melawan Restu, Bohongi Hati, Kisah Sempurna dan banyak lagi.

    Pelbagai elemen menakjubkan yang ditampilkan pemilik nama Mahalini Ayu Raharja antaranya ialah mendendangkan lagu Sisa Rasa sambil skrin di Megastar Arena menyiarkan foto dan momen indah Mahalini bersama mendiang ibunya. Tak dinafikan, persembahan yang sarat dengan emosi itu membuatkan para penonton sebak sehingga ada yang mengalirkan air mata.

    Mahalini turut membuat kejutan mendendangkan lagu Kisah Sempurna di atas buaian khas yang dihiasi dengan elemen flora. Kecantikan dan keayuan Mahalini persis bak puteri! Malam konsert juga turut diserikan dengan bintang tamu, Rizky Febian, ternyata penonton bersorak riuh apabila ‘Iky’ muncul di pentas menyanyikan bersama lagu-lagu duet Mahalini seperti Aku Yang Salah, Janji Kita, Satu Tuju dan juga You’re Mine, dan Rizky juga turut mendendangkan lagu Selaras Kata dari album terbaharunya, Berona.

    MENARIK:  [VIDEO] Shuib Sanggup Tarik Diri Sebagai Duta KK Mart Demi Isu Jual Stoking Kalimah Allah

    Malam konsert Lovechestra Mahalini turut menjadi malam bertuah bagi salah seorang pembeli tiket yang telah berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah yang merupakan sebuah kereta, serta pemenang lainnya dengan hadiah-hadiah yang menarik.

    Sekadar info, Lovechestra Mahalini dibawakan khas oleh jenama kosmetik popular Alha Alfa, dan dianjurkan oleh penganjur acara, Kharisma Music.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah