Seorang penjual telefon bimbit dengan sistem Cash on Delivery (COD) ditemui tidak bernyawa di sebuah Dusun Bojong Gawul, Jawa Barat pada Ahad lalu.
Mati dibunuh ketika COD telefon

Memetik laporan Bandung Kompas, mangsa yang dikenali sebagai Juanda, 23, dibunuh oleh kenalannya sendiri pada Ahad lalu.
Difahamkan, suspek iaitu AA menghubungi mangsa dengan alasan mahu memperkenalkannya kepada seorang ahli keluarga yang kononnya ingin membeli telefon bimbit.
Disebabkan mereka sudah saling mengenali, mangsa tidak menaruh sebarang curiga lalu menjemput suspek di wilayah Pasanggrahan sebelum bergerak menuju ke lokasi kejadian di Girimukti.
Setibanya di lokasi yang sunyi, suspek bertindak melepaskan empat tembakan menggunakan senjata airsoft gun jenis Glock 19 tepat ke arah kepala mangsa.
Tidak cukup dengan itu, suspek turut menikam dada dan bahu mangsa menggunakan pisau.
Mangsa dikatakan sempat bergelut dan cuba menyelamatkan diri namun gagal. Suspek kemudian melarikan diri dengan membawa barangan berharga milik mangsa.
Hasil siasatan mendapati motif pembunuhan adalah disebabkan dendam kerana suspek sakit hati dengan kata-kata mangsa yang mendakwa anak yang dikandung isteri suspek bukan darah dagingnya.
Sumber: Bandung Kompas
The post Penjual Mati Dibunuh Ketika COD Telefon, Mayat Ditinggal Di Dusun first appeared on OHBULAN!.





