28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peniaga Jual ‘Burger Ayam Crispy Ice Cream’, Netizen Kembang Tekak – ‘Pelik Lah Makanan Sekarang’

    Shopee Sale



    Hari demi hari, ada sahaja makanan unik yang dicipta oleh usahawan di luar sana. Mungkin itu salah satu inisiatif dilakukan untuk menarik pelanggan.

    Burger ayam ais krim?

    Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, seorang peniaga burger menjual burger ayam yang berintikan ais krim.

    Menerusi video tersebut, peniaga berkenaan menyediakan burger ayam rangup dan di atas daging ayam, dia meletakkan dua ‘scoop’ ais krim.

    Difahamkan, gerai burger berkenaan terletak di Kuala Lumpur dan sudah lama beroperasi.

    Menu tersebut telah menarik perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya agak terkejut dan tidak pernah menyangka dengan gabungan ayam yang dimasak panas bersama ais krim.

    MENARIK:  ‘Bakal Isteri Lebih Garang Daripada Emak, Nak Guna Tongkat Kena Pujuk Dua Bulan’ – Iqbal Mazlan

    Malah, netizen juga menganggap menu berkenaan pelik dan tidak menyelerakan.

    Pun begitu, ada juga segelintir wargamaya yang berkata mereka sudah mencuba makanan tersebut dan memberi ulasan mengatakan burger itu sedap.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah