32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengurusan Bertindak, Buka Semua Pintu Masjid TNB 24 Jam Selepas Individu Luah Tak Dapat Masuk Jam 2 Pagi

    Shopee Sale

    Petugas Masjid Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil memohon maaf kepada seorang individu yang tidak dapat memasuki masjid berkenaan pada jam 2 pagi untuk beriktikaf.

    Artikel Berkaitan: Masjid ‘Hopping’ Bersama Kekasih? Imam Muda Hassan Tampil Titip Pesanan – ‘Jangan Ambil Mudah Halal Haram’

    Artikel Berkaitan: Masjid TTDI Mohon Maaf, Sedang Siasat Dakwaan Layanan Kasar Terhadap Jemaah

    Tak dapat masuk masjid

    Menerusi satu komen balas di Threads, petugas berkenaan menjelaskan pintu yang cuba digunakan oleh individu terbabit telah ditutup lebih awal mengikut prosedur.

    Bagaimanapun, petugas itu memaklumkan masih terdapat laluan lain yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk masuk ke kawasan masjid.

    Mewakili pihak Masjid TNB, kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Selepas jam 12 tengah malam, kebiasaannya kami akan menutup Pintu B dan Pintu C.

    Oleh itu, laluan untuk masuk hanyalah melalui Pintu A (bertentangan dengan Hospital Pantai) dan Pintu D (bersebelahan tasik).

    Masjid kami dibuka kepada orang awam selama 24 jam. Program qiam akan bermula pada jam 4.30 pagi dan hidangan sahur secara bufet turut disediakan.

    Dalam pada itu, petugas berkenaan mengambil maklum balas yang diberikan dan akan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan bagi menambah baik kemudahan untuk orang ramai beribadah.

    Walau bagaimanapun, saya akan memaklumkan perkara ini kepada pasukan kami untuk tindakan lanjut. Terima kasih dan sekali lagi kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

    Selang beberapa jam hantaran itu dibuat, petugas berkenaan kemudian memaklumkan pihak pengurusan bersetuju untuk membuka semua pintu masjid selama 24 jam.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Nak Kata Saya Tak Ada ‘Haters’, Tipulah’ – Khairul Aming Minta Ibu Bapa Pantau Anak-Anak

    Terdahulu, seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman apabila tidak dapat memasuki Masjid TNB sekitar jam 2 pagi kerana pintu masjid didapati berkunci.

    Saya cuba masuk ke Masjid TNB sekitar jam 2 pagi tadi, namun pintunya berkunci. Saya sebenarnya sangat teruja untuk datang.

    Buat masa ini, saya mendapat rezeki untuk beriktikaf di Masjid Ar-Rahah. Saya ingin mencadangkan secara baik agar pihak masjid mempertimbangkan untuk membukanya selama 24 jam sekiranya bersesuaian.

    Sumber: Threads

    The post Pengurusan Bertindak, Buka Semua Pintu Masjid TNB 24 Jam Selepas Individu Luah Tak Dapat Masuk Jam 2 Pagi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah