27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penemuan Rangka Manusia di Parit Ladang Kelapa Sawit

    Shopee Sale



    Satu rangka manusia ditemukan orang awam di ladang kelapa sawit, Felda Sungai Kelamah, Gemas, pada petang Isnin.

    Rangka manusia dalam parit

    Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman, turut ditemui bersama mayat mangsa adalah sebuah motosikal, tali pinggang dan topi keledar.

    Kami ke lokasi kejadian dan menjumpai rangka manusia daripada pinggul hingga kaki di dalam parit kering dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 warna biru.

    Turut dijumpai topi keledar dan tali pinggang serta tengkorak manusia. Jarak dari rangka manusia dengan motosikal lebih kurang 15 meter, rangka tulang belakang 10 meter serta tengkorak manusia lebih kurang 80 meter.

    Susulan daripada itu, rangka si mati telah di hantar ke Bilik Mayat Jabatan Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

    MENARIK:  Sharifah Rose dan Ezzrin Loy Masih dalam Tahap Kenal Hatikannya, Status Hubungan Dikekalkan Rahsia

    Kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah