Usahawan Haliza Maysuri sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi momen menyambut ulang tahun ke-9 seekor kucing peliharaannya, Money.
Artikel Berkaitan: ’Kadang Yang Berani, Terlihat Kurang Manis’ – Haliza Maysuri Bersuara Soal Adat Bertunang
Artikel Berkaitan: ‘Kami Berniaga Cari Rezeki & Bayar Zakat Tapi Kalau Benar Amanah Diseleweng, Luluhnya Hati’ – Haliza Maysuri
Sambut hari jadi kucing
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Haliza menjelaskan bahawa Money bukan sekadar haiwan peliharaan, sebaliknya sudah dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga.
Jangan kecam kalau tak pernah rasa kasih terhadap budak-budak bulu ni. Bagi sesetengah orang, mungkin Money cuma kucing.
Tapi bagi kami, dia keluarga kami, anak bongsu dalam keluarga kami.
Sementara itu, Haliza menegaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk menunjuk kemewahan, sebaliknya sebagai penghargaan dan tanda kasih sayang terhadap haiwan berkenaan yang sudah lama menjadi peneman dalam keluarga mereka.
Kalau saya mewahkan atau sambut hari jadinya, bukan untuk tunjuk kaya tapi Money sangat berharga dalam hidup kami.
Difahamkan, sambutan tersebut turut diserikan dengan acara gender reveal bagi cucu pertama Haliza.
Momen sambutan
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Haliza Maysuri
The post [VIDEO] Haliza Maysuri Rai Hari Jadi Kucing ‘Money’, Siap Tempah Kek Khas – ‘Dia Berharga Dalam Hidup Kami’ first appeared on OHBULAN!.





