Pempengaruh media sosial dan usahawan tudung yang dikenali sebagai Aril menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya menikahi wanita yang lebih berusia kerana harta.
Artikel Berkaitan: Lelaki Berkahwin Dengan Wanita 30 Tahun Lagi Muda, Lebih Berusia Daripada Mentua
Kahwin bukan sebab harta

Memetik laporan Harian Metro, Aril atau nama sebenarnya Mohd Shahril Tuah memaklumkan kelembutan yang ditunjukkan isteri Dr Zahida Datuk Mohamad Zahudi yang kini berusia 56 tahun sewaktu merawat ibunya sedikit sebanyak telah menawan hatinya.
Kali pertama jumpa isteri waktu bawa emak datang berubat di kliniknya, di situlah permulaan kami berkenalan.
Hakikatnya, saya tak cari pasangan berdasarkan rupa atau harta tapi semua aspek, paling penting keperibadiannya.
Saya nampak kelembutannya (isteri) selepas lihat cara dia terangkan dan beri nasihat kepada emak mengenai kesihatan jadi itu yang membuatkan saya tertarik.
Bila berkawan, nampak peribadi isteri yang baik, matang, kemas dan disiplin. Paling suka dan banyak belajar dengannya adalah sikapnya yang tidak berprasangka buruk dengan orang lain.
Dalam tempoh perkenalan, kami tunjukkan keikhlasan dalam perhubungan dengan ahli keluarga masing-masing dan syukur dapat restu kedua belah keluarga untuk berkahwin selepas tiga tahun berkawan.
Perkahwinan bertahan lebih sedekad
Bercerita lanjut, Aril yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai warden penjara dan pramugara meluahkan rasa syukur kerana perkahwinannya bersama Zahida bertahan lebih sedekad.
Nikmat yang saya syukuri sejak berkahwin dengan isteri adalah ketenangan dalam rumah tangga disebabkan keperibadiannya.
Terima kasih banyak sebab ada dengan honey (nama panggilan) waktu susah senang dan jatuh bangun termasuk ketika fasa tak diterima orang luar hingga masuk ke dunia ‘content creator’ (pencipta kandungan).
Kalau ada pun yang kata tak baik, saya maafkan dan doakan semoga Allah SWT buka hati untuk terima dengan tenang. Semoga mereka jadi husnudzon.
Sementara itu, Zahida memaklumkan bahawa tidak pernah terlintas difikirannya untuk berkahwin selepas tiga tahun menjanda akibat kematian suami.
Waktu kahwin, saya berusia 45 tahun dan dia (suami) 27, tapi fikirannya tak macam budak-budak kerana saya yang lebih kebudak-budakan.
Cara dia cakap pun teratur, tak ada borak kosong dan boleh diajak bersembang. Kami berdua tak terlalu mencuba nak tarik perhatian satu sama lain tapi cuba cari titik tengah supaya dapat bertolak ansur.
Walaupun dia lebih muda, saya tetap anggap dia suami, kena hormat, terima apa dia tegur dan bukan fikir nak menang kerana saya pun ada banyak kekurangan.
Tapi suami banyak bimbing terutama dalam soal agama kerana dia lebih arif.
Apa yang penting kena jujur dengan satu sama lain dan semoga kami berbahagia di dunia hingga akhirat.
Sekadar info, Zahida pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki enam tahun lebih berusia sebelum hidup solo selepas suaminya meninggal dunia pada tahun kesembilan perkahwinan.
Kisah perkahwinan mereka ini mula menyorot perhatian apabila beberapa video dimuat naik Aril menjadi tular di TikTok.
Sumber: Harian Metro, TikTok
The post Pempengaruh Syukur Perkahwinan Kekal Lebih Sedekad, Nafi Kahwini Wanita Berusia Sebab Harta first appeared on OHBULAN!.





