28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peminat Ditegur Sunting Gambar Stacy Ikut Trend Duyung AI

    Shopee Sale

    Sedang tular di TikTok ketika ini adalah trend mengubah gambar menjadi watak duyung dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

    Artikel Berkaitan: ‘Awalnya Diberi Nama Bella And Friends..Poster Antara Syarat Yang Saya Letakkan’ – Stacy Dedah Punca Tarik Diri Dari Konsert Sumandak Stars

    Artikel Berkaitan: Stacy Selesa Bermain Dengan Elemen Sabah, Nafi ‘Menyala’ Sindir Mana-Mana Pihak – ‘Ini Bukan Perkara Baharu’

    Trend gambar duyung

    Ramai dalam kalangan pengguna media sosial yang turut serta trend itu dengan mengubah gambar mereka sendiri dan juga selebriti kesayangan.

    Salah seorang artis yang ditukarkan gambarnya adalah penyanyi, Stacy.

    Gambar tersebut telah dimuat naik di TikTok @teamgilasangatstacy yang dipercayai akaun peminat penyanyi asal Sabah itu.

    MENARIK:  Fuh, Penuh Makna! Filem Pendek PETRONAS Menyentuh Hati dan Membangkitkan Semangat.

    Walau bagaimanapun, segelintir wargamaya meluahkan rasa kurang senang dengan hasil gambar berkenaan kerana dikatakan agak seksi.

    Gambar yang dijana oleh teknologi itu memaparkan Stacy berada dalam air dengan keadaan rambut berwarna merah.

    Dia dah masuk Islam, jangan lah menambah dosa dia.

    Kesian Stacy, gambar disalah gunakan.

    Tak payah lah edit macam itu, dia bini dan ibu orang. Cuba kalau bini korang kena edit macam itu?

    Sementara itu, menerusi tinjaun , perkongsian tersebut sudah dipadam dipercayai selepas menerima kecaman netizen.

    Sumber: TikTok

    The post Peminat Ditegur Sunting Gambar Stacy Ikut Trend Duyung AI first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah