28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Impian 10 Tahun Tercapai, Insomniacks Janji Kejutan Buat Peminat Pada Malam Konsert Echoes Of A Dream

    Shopee Sale

    Kumpulan popular Insomniacks meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan detik bersejarah mereka apabila bakal menjayakan konsert berskala besar pertama, Insomniacks: Echoes Of A Dream pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya & Angel Tak Bercinta, Tiada Masa Nak Cari Awek’ – Iqie Insomniacks

    Artikel Berkaitan: Insomniacks Bakal Muncul Dengan Konsert Solo Pertama Julai ini!

    ‘Konsert ini memang impian kami sejak dulu’

    Ketika ditemui , ahli kumpulan Insomniacks, Iskandar atau nama penuhnya Wan Arif Iskandar, berkata konsert ini merupakan impian mereka sejak awal penubuhan kumpulan dan akhirnya dapat direalisasikan selepas hampir satu dekad berada dalam industri muzik.

    Konsert ini memang impian kami sejak dulu, jadi memang banyak usaha yang kami lakukan untuk jayakan konsert ini.

    Sekarang baru ada rezeki untuk kami buat konsert selepas hampir satu dekad Insomniacks dalam industri.

    Dan sekarang juga baru kami cukup lagu untuk buat konsert.

    Ditanya tentang persiapan menjelang konsert, mereka memaklumkan bahawa tumpuan bukan sahaja diberikan kepada aspek vokal, malah turut melibatkan persediaan fizikal seperti melakukan latihan kecergasan dan menjaga pemakanan.

    Sebagai persediaan konsert Insomniacks: Echoes Of A Dream ini juga, kami banyak buat senaman, latihan kecergasan dan jaga pemakanan.

    Dalam masa sebulan saya (Danial) berjaya turun sebanyak 7 kilogram dan merancang untuk turunkan lagi 5 kilogram.

    ‘Konsert ini juga merupakan hadiah buat peminat’

    Sementara dari segi latihan, mereka banyak menghabiskan masa dengan berlatih secara individu memandangkan jadual masing-masing yang padat.

    MENARIK:  Ruffedge & Gerhana Sky Cinta Meriahkan Gastro Groove Fest.. Festival Pertama Gabungkan Pesta Muzik, Makanan & Budaya

    Lebih menarik apabila mereka memberitahu bakal memberikan kelainan kepada penonton dengan menjanjikan beberapa kejutan istimewa pada malam konsert nanti.

    Kami juga ada buat beberapa kejutan pada malam konsert nanti seperti artis jemputan, susunan lagu dan kami akan buat ‘cover’ lagu. Yang selebihnya kena tunggu para hari konsert.

    Jelas mereka, konsert ini bukan sahaja satu pencapaian besar dalam perjalanan seni mereka, malah merupakan penghargaan istimewa buat para peminat yang setia menyokong sejak awal.

    Konsert ini juga merupakan hadiah buat peminat yang lama menyokong Insomniacks.

    The post Impian 10 Tahun Tercapai, Insomniacks Janji Kejutan Buat Peminat Pada Malam Konsert Echoes Of A Dream first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah