Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi keadaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas menerima berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pagi tadi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Akui Berdebar, Persiapan Kahwin Kini Hampir 70 Peratus
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rapat Tak Semestinya Wajib Jadi Bridesmaid, Mereka Ada Tanggungjawab Lain’ – Bella Astillah
Tak dapat teruskan kerja

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Bella memaklumkan mereka ketika itu sedang menjalani penggambaran.
Menurut Bella, Syed Saddiq tidak mampu meneruskan perancangan yang telah ditetapkan untuk hari ini sehingga meminta sidang media khas berkaitan perkahwinan mereka ditangguhkan.
Ketika kami sedang menjalani penggambaran, saya tahu hati dan fikirannya berada di tempat lain selepas mendengar berita menyedihkan mengenai pemergian Tun Hasmah pagi ini.
Dia tidak mampu untuk meneruskan apa yang telah dirancang untuk hari ini dan meminta sidang media itu dibatalkan.
Kami masih terkejut.
Perkongsian tersebut memperlihatkan Bella turut bersedih dengan pemergian Tun Hasmah selain memahami keadaan Syed Saddiq yang jelas terkesan dengan berita berkenaan.
Sekadar info, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi tadi pada usia 100 tahun.
Punca pemergian Allahyarhamah bagaimanapun tidak dinyatakan dalam pengesahan rasmi yang dilaporkan setakat ini.
Sumber: Instagram
The post Bella Astillah Kongsi Keadaan Syed Saddiq – ‘Dia Tak Mampu Teruskan Apa Yang Telah Dirancang Hari Ini’ first appeared on OHBULAN!.





