Beralih arah pada usia 31 tahun, penyanyi dan usahawan Ariz Lufias berkongsi perjalanan yang mendorongnya membuat keputusan mengubah haluan kerjaya.
Artikel Berkaitan: Ariz Lufias Kesal Dituduh Ubah Warna Kulit, Nafi Buat ‘Skin Bleaching’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Normalize Minta Sponsor Makanan Untuk Event Pada Peniaga Kecil’ – Ariz Lufias
Tukar karier
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 37, mendedahkan perubahan besar dalam hidupnya bukanlah berlaku sekelip mata.
Menurutnya, perubahan itu berlaku hasil doa yang dipanjatkan secara berterusan selama bertahun-tahun.
Saya ubah karier ketika umur 31 tahun.
Bertahun-tahun saya berdoa, “Ya Allah, kau ubahlah jalan hidupku.”
Sebenarnya banyak petunjuk yang Allah dah bagi sepanjang perjalanan tu. Cuma akhirnya, saya sendiri kena kumpul keberanian untuk ambil langkah pertama dan buat satu life reset.
Dalam pada itu, Ariz turut berpesan agar orang ramai tidak terus terperangkap dalam zon menyalahkan takdir apabila kehidupan tidak berjalan mengikut perancangan asal.
Kadang-kadang kita terlalu lama salahkan takdir, keadaan atau orang sekeliling bila hidup tak jadi seperti yang kita harapkan.
Ariz yang sebelum ini membina nama dalam industri muzik dan lakonan menerusi beberapa karya popular kini dilihat semakin selesa melebarkan sayap dalam bidang perniagaan makanan dan pencuci mulut (dessert & bakery) menerusi jenama miliknya sendiri, Dijotú.
Sumber: Threads
The post ‘Bertahun-Tahun Saya Berdoa…’ — Ariz Lufias Beranikan Diri Tukar Kerjaya Pada Usia 31 Tahun first appeared on OHBULAN!.





