
Dunia seni tanah air sekali lagi dikejutkan dengan berita duka apabila pelakon veteran, Datin Noor Azizah Azizul Hassan dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi (Isnin).
Salam takziah

Foto: Astro Awani
Memetik laporan Astro Awani, Allahyarhamah, 79, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Paloh, Ipoh sekitar jam 3 pagi akibat komplikasi sesak nafas.
Berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh anaknya, Khairena kepada wartawan hiburan terkenal, Muzlina Abu Bakar, yang juga merupakan sahabat baik Allahyarhamah.
Untuk info, nama Noor Azizah mula dikenali menerusi peranan ikoniknya dalam filem Enam Jahanam arahan lagenda seni, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang ditayangkan pada tahun 1969.
Malah, karier beliau dalam dunia lakonan turut mendapat perhatian tokoh seni tersohor, Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud, yang kemudiannya menawarkan watak dalam filem klasik Dayang Senandong (1965).
Bukan itu sahaja, Noor Azizah juga pernah melebarkan sayap ke pentas antarabangsa apabila membintangi drama bersiri Australia berjudul Bailey Bird sekaligus menjadikan beliau antara pelakon tempatan terawal yang mencipta nama di luar negara.





