27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Adriana Adnan Tegur Pempengaruh Minta Makanan Percuma – ‘Janganlah Meminta-Minta, Mereka Mencari Rezeki’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara Adriana Adnan berkongsi pandangannya mengenai isu segelintir pempengaruh yang mengambil kesempatan terhadap peniaga kecil.

    Artikel Berkaitan: Adriana Adnan Cuba Nasib Tembusi Pasaran Indonesia – ‘Sukar Sebab Berjuta Orang’

    Artikel Berkaitan: Adriana Adnan Tertarik Untuk Ulas Isu Lelaki ‘Songsang’ Dalam Podcast – ‘Bukan Menyokong, Tetapi Mahu Dengar Cerita Mereka’

    Hormati penat lelah peniaga

    Ketika ditemui , Adriana merasakan pempengaruh sepatutnya tidak memanfaatkan bilangan pengikut mereka semata-mata untuk mendapatkan barang percuma.

    Tambahnya, setiap peniaga berusaha mencari rezeki dan mengeluarkan modal bagi menyediakan barangan untuk dijual.

    Jika tuan kedai pelawa pun saya memilih untuk bayar. Tuan kedai dan para pekerja bersusah payah menyediakan bahan dan masak.

    Tak kanlah senang-senang nak minta makan percuma hanya kerana kita ada banyak pengikut.

    Kita kena ingat, mereka ini adalah peniaga dan mahu mencari rezeki. Kalian juga mencari rezeki dengan membuat konten.

    Adriana berkata demikian selepas selesai sidang media bagi drama Impiana Karma yang berlangsung di Pavilion Bukit Bintang, pada Rabu.

    MENARIK:  Guru Diperdaya Kekasih Asal Korea, Filem 'Oppa' Love Scam Adaptasi Kisah Sebenar

    Jangan ambil kesempatan

    Selain itu, selebriti berusia 30 tahun mengingatkan golongan pempengaruh agar lebih berhati-hati kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging.

    Tambahnya lagi, pempengaruh sepatutnya berusaha sendiri untuk menghasilkan konten tanpa bergantung pada barangan percuma.

    Bila buat konten, jangan mengharapkan percuma sahaja. Kita kena ada usaha juga untuk mengeluarkan modal sendiri.

    Janganlah buat perangai seperti itu. Kita datang kedai orang nak makan. Makanan itu adalah rezeki dan akan menjadi darah daging kita. Macam mana jika tuan kedai tak halalkan?

    Para pempengaruh di luar sana, janganlah meminta-minta makanan percuma. Kalau orang pelawa, barulah kita ambil.

    Terdahulu, timbul isu pempengaruh yang meminta makanan percuma daripada peniaga telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

    The post [VIDEO] Adriana Adnan Tegur Pempengaruh Minta Makanan Percuma – ‘Janganlah Meminta-Minta, Mereka Mencari Rezeki’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah