
Pelakon dan penyanyi Tamil terkenal, Sivakumar Jayabalan bersama ibunya ditemukan maut di sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras, pada Jumaat.
Maut jatuh kondominium

Memetik laporan Bernama, kedua-dua beranak itu yang masing-masing berusia 48 dan 76 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat 11 kediaman berkenaan,
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, pihak polis segera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan sekitar jam 12.35 tengah hari.
Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras untuk bedah siasat dan setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah.
Bagaimanapun, siastan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.





