32 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelakon Mengaku Memiliki Tatu di Belakang Badan Adik Raffi Ahmad, Sebabkan Sakit Hati dengan Isteri

    Shopee Sale



    Nama pelakon Indonesia, Rendy Kjaernett menjadi bulan hangat apabila kantoi curang dengan adik kepada pelakon Raffi Ahmad iaitu Syahnaz Sadiqah.

    Sakit hati dengan isteri

    Terbaru, Rendy tampil ke depan mengakui segala kesilapan yang dilakukan terhadap isteri tercinta, Lady Veronica Nayoan. Rendy mengakui ukiran tatu pada bahagian belakangnya adalah wajah Syahnaz.

    Kata Rendy ketika hadir di siaran podcast, dia bertindak cacah tatu kerana sudah mempunyai perasaan cinta kepada Syahnaz.

    Saya tengah sakit. Saya cuma fikir dia (Syahnaz) ubat saya. Daripada saya ambil dadah lebih baik buat tatu sebagai ubat.

    Dalam temu bual itu, Rendy menyatakan dia berasa tenang dengan Syahnaz selepas berkongsi masalah rumah tangga yang terbeban dalam fikiran.

    Bagaimanapun, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini sedar perbuatannya salah malah pernah cuba untuk menamatkan hubungan sulit itu.

    Tiada apa yang hendak disangkal. Semuanya berlaku kerana sikap saya sendiri.

    Saya sempat fikir untuk tamatkan hubungan itu tapi susah untuk berpatah balik. Saya sudah terlanjur cinta dan ada perasaan terhadapnya.

    Sudah menyesal

    Rendy juga mengakui sudah menyesal ‘bermain kayu tiga’ di belakang Lady. Meskipun Lady nekad untuk bercerai, Rendy yakin ada sinar kebahagiaan dalam rumah tangganya dan akan berusaha memperbaiki kehancuran yang telah dilakukan.

    MENARIK:  Video: 'Meskipun Takdir Tak Bersatu, Kita Tetap Sahabat..Menghindari Pertengkaran demi Kesejahteraan Anak-anak'

    Terdahulu, kisah curang Rendy dan Syahnaz viral selepas Lady membongkar hal tersebut kepada umum.

    Meskipun sudah pelbagai bukti disebarkan namun Rendy dan Syahnaz mengambil langkah berdiam diri.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah