Seorang pelajar perempuan dilaporkan cedera selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan sebuah sekolah di Shah Alam.
Artikel Berkaitan: Siasatan Punca Kematian Zara Qairina Diteruskan, Mungkin Jatuh Sebab Melompat Atau Menghayunkan Badan
Artikel Berkaitan: Pelajar Maut Terjun Bangunan, Universiti Ambil Tindakan Terhadap Rakan Ejek & Gelak Kematian Mangsa
Mangsa, pelajar tingkatan satu

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu telah dikejarkan ke hospital susulan kecederaan yang dialami.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan.
Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dahi dan kakI, kini berada dalam keadaan sedar serta stabil.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada tekanan emosi yang dialami oleh mangsa.
Mangsa dipercayai mengalami tekanan selepas berpisah dengan teman lelakinya yang turut bersekolah di sekolah yang sama.
Tambahan lagi, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian
The post Pelajar Sekolah Terjatuh Dari Tingkat Satu Selepas Putus Cinta first appeared on OHBULAN!.





