27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelajar Didakwa Jadi Mangsa Tamparan Pengetua Gara-Gara Enggan Bersalaman

    Shopee Sale

    Foto: Detik.com

    Hanya gara-gara tidak bersalaman, seorang pelajar didakwa telah ditampar oleh pengetua sekolahnya.

    Artikel Berkaitan: Viral Kisah Murid Dakwa Ditampar Guru Sekolah, Polis Buka Kertas Siasatan

    Artikel Berkaitan: Tular Video Anak Tampar, Seret Mak Tengah Lumpuh

    Ditampar guru

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan Detik.com, kejadian berlaku selepas waktu subuh iaitu di Pondok Pesantren Putra Datok Sulaiman yang terletak di Palapo di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia.

    Menerusi sebuah rakaman video, pengetua sekolah berkenaan dilihat memanggil pelajar tersebut kemudian didakwa menamparnya berulang kali.

    Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Palopo, Inspektor Sahrir, mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu pada Ahad lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Bonda Rozita Nafi Dakwaan Tak Bayar Kontraktor Rumah Mewah Di London – ‘Saya Tak Pernah Lari’

    Menurut Sahrir pelajar berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Palapo kira-kira jam 4 petang.

    Selepas solat subuh di masjid pondok itu, semua pelajar bersalaman dengan pengetua, namun pelajar terbabit didakwa dilihat keluar dari masjid tanpa bersalaman, lalu dia ditegur.

    Difahamkan pelajar tersebut telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis.

    Sumber: Detik.com

    The post Pelajar Didakwa Jadi Mangsa Tamparan Pengetua Gara-Gara Enggan Bersalaman first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah