31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peguam ‘Reveal’ Kisah Sebenar Lelaki Beristeri Tiga – ‘Isteri Ketiga Dinikahi Di Thailand Tanpa Restu Wali & Keluarga’

    Shopee Sale



    Baru-baru ini tularnya kisah mengenai seorang lelaki yang mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dan hidup berpoligami menerusi satu hantaran di Facebook.

    Perkongsian itu telah mencuri perhatian wargamaya kerana lelaki tersebut memaklumkan bahawa perkahwinan ketiganya itu telah mendapat restu daripada kedua-dua isteri.

    Ada plot twist?

    Namun begitu, tular pula satu dakwaan yang dibuat peguam Asiah Abd Jalil mengenai kisah perkahwinan lelaki itu menerusi hantaran di Facebook.

    Dakwa Asiah, pernikahan lelaki tersebut bersama isteri keduanya sebelum ini dikatakan telah mendapat restu dan izin isteri pertama.

    Namun, dakwanya perkahwinan tersebut tidak mendapat restu dari wali serta keluarga isteri kedua.

    Isteri pertama ada tiga orang anak dan isteri pertama rela bermadu.

    Isteri kedua dinikahi pada 2021 tanpa restu daripada wali dan keluarga. Sebelum bernikah, isteri kedua lari dari rumah berbulan-bulan tanpa khabat berita.

    Suami failkan permohonan wali enggan di mahkamah syariah dan akhirnya berjaya menikahi isteri kedua. Isteri kedua kini sedang hamil.

    Perkahwinan ketiga juga tanpa restu?

    Gambar sekadar hiasan

    Dakwa Asiah lagi, perkahwinan lelaki itu bersama isteri ketiganya juga berlaku tanpa restu wali serta keluarga selepas mereka bernikah di Thailand setahun yang lalu.

    Isteri ketiga dinikahi di Thailand tanpa restu daripada wali dan keluarga dan pernikahan sudah hampir setahun.

    Majlis perkahwinan isteri ketiga diadakan baru-baru ini sekadar nak tutup cerita fasal kahwin lari di Thailand kononnya isteri-isteri reda dan ‘support’ madu tiga.

    Isteri pertama dan isteri ketiga disuruh tinggal serumah, (manakala) isteri kedua disuruh tinggal di kedai milik suami.

    Giliran bermalam para isteri, ikut suka hati suami. Adil tak adil, jangan persoal.

    Di akhir perkongsian, peguam berkenaan turut mendakwa bahawa isteri kedua pernah diceraikan lelaki tersebut menerusi aplikasi WhatsApp sebelum mereka kembali rujuk.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan, Tak Nak Adik Lalui Benda Yang Sama’

    Bukan itu sahaja, isteri kedua itu juga didakwa pernah dipukul lelaki berkenaan bersama isteri pertamanya.

    Terdahulu, tular mengenai perkongsian seorang lelaki yang begitu teruja dan berterima kasih pada isteri pertama dan kedua kerana telah bertungkus lumus menyiapkan majlis pernikahannya bersama isteri ketiga.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah