32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Payah Nak Jumpa Yang Bersih’ – Anak Buka Cerita Ibu Sebagai Peniaga, Dedah Realiti Rumah Bersepah & Kotor

    Shopee Sale

    Seorang individu berkongsi pengalamannya membesar sebagai anak bekas peniaga makanan, menyifatkan persekitaran rumahnya ketika itu kurang terurus.

    Artikel Berkaitan: Peminat Sanggup Redah Hujan Demi Karipap Siti Nurhaliza – ‘Dia Nak Beri Pada Siapa Yang Sudi Datang Ambil Di Rumah’

    Artikel Berkaitan: Jual Belon Di Jalanan Sambil Ditemani Isteri, ‘Mr Bean’ Versi Tempatan Kongsi Mesej Motivasi – ‘Tak Semua Ada Wang Itu Bahagia’

    Rumah berbau

    Menerusi perkongsian di Threads, individu itu mendedahkan bahawa ibunya, seorang peniaga makanan, mempunyai sikap agak pengotor.

    Saya sebagai salah seorang anak bekas peniaga makanan boleh katakan agak susah untuk jumpa orang yang berniaga ini pembersih.

    Bagi saya, mak saya sendiri juga agak pengotor.

    Saya membesar dalam keadaan dapur yang bersepah sebab siang malam dapur itu digunakan untuk memasak sehingga rumah berbau dan keadaan rumah yang tidak terurus.

    Nasib baik siling dekat rumah saya tinggi, tak ada lah kuat sangat bau.

    Bagaimanapun, dia berkata 10 tahun tinggal di asrama telah mendidiknya menjadi lebih peka terhadap kebersihan dan kekemasan.

    Tapi 10 tahun saya membesar di asrama, aku dilatih untuk menjaga kekemasan.

    Jadi, bila dah dewasa ini, saya tegur je kalau dia sepahkan dapur.

    Namun, individu berkenaan menegaskan bahawa bukan semua peniaga mengabaikan kebersihan, hanya segelintir sahaja.

    MENARIK:  Tular Video Atas Ranjang Berdurasi 12 Minit Mirip Penyanyi? Netizen Dah Jumpa Siapa Tuan Badan

    Individu berkenaan tampil berkongsi cerita selepas seorang warganet mendedahkan kisah rakannya yang berniaga murtabak dan roti john di bazar Ramadan.

    Namun, apa yang mencuri perhatian adalah keadaan rumahnya yang berbau hingga meloyakan tekak, malah dakwanya terdapat lendir di bahagian peti sejuk.

    Sumber: Threads

    The post ‘Payah Nak Jumpa Yang Bersih’ – Anak Buka Cerita Ibu Sebagai Peniaga, Dedah Realiti Rumah Bersepah & Kotor first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah