Suami kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rusydi Ramli meluahkan rasa syukur apabila isterinya menarik semula permohonan cerai yang difailkan terhadapnya dan memilih untuk meneruskan bahtera perkahwinan bersama.
Artikel Berkaitan: Anak Nora Ariffin Jaga Hubungan Baik Dengan Dr Rushdi & Adik-Beradik Tiri – ‘Cuma Ada Gangguan Pihak Ketiga’
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Belum Bercerai, Saya Tiada Hak Untuk Menghalau’ – Nora Ariffin
Baiki rumah tangga

Ketika ditemui , Dr Rusydi, 60, berkata, dia menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu peluang untuk memperbaiki rumah tangga mereka.
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT. Sebenarnya saya tidak mahu mengulas panjang. Apa pun, itulah yang saya harapkan. Saya harapkan yang terbaik. Alhamdulillah, Nora bersedia untuk menarik balik kes ini.
Dalam pada itu, Dr Rusydi turut memberi jaminan akan mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan mahkamah susulan penarikan semula permohonan cerai berkenaan.
Insya-Allah, saya akan melaksanakan syarat-syarat yang telah disebutkan. Kita kena berusaha dan mengambil langkah yang sepatutnya. Sebagai seorang suami, kita adalah ketua kepada keluarga.
Jadi selepas ini saya akan lebih bertegas. Sebenarnya selama ini pun saya sudah bertegas, cuma mungkin selepas ini perlu lebih tegas lagi dan menjelaskan bahawa saya tidak mahu ada sebarang gangguan daripada sesiapa pun. Itu adalah tuntutan agama dan perintah Allah SWT.
Terdahulu, Nora bersetuju menarik semula permohonan cerai yang difailkan terhadap Rusydi dengan syarat tiada lagi gangguan daripada pihak ketiga dalam rumah tangga mereka.
Imbas kembali, krisis rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai sejak 12 Ogos 2024 apabila Nora memuat naik sebuah video di Instagram yang memaparkan suaminya melafazkan cerai, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi.
Susulan itu, pelbagai dakwaan dilemparkan sehingga mendorong Nora memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 21 April tahun lalu.
Terdahulu, pada penghujung 2021, Nora mengesahkan beliau telah bergelar isteri kepada Dr Rusydi yang juga merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul di sebuah universiti di ibu negara.
Sebelum itu, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Bagaimanapun, Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
The post Dr Rushdi Syukur Nora Tarik Permohonan Cerai, Akan Lebih Bertegas Dalam Perkahwinan – ‘Suami Adalah Ketua Keluarga’ first appeared on OHBULAN!.





