Sepasang suami isteri kembali menyorot perhatian apabila menawarkan sejumlah wang yang besar ekoran video mereka yang tular baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Jawab Pasal CCTV Rumah, Tawar Ganjaran Kepada Individu Beri Info Barang Kemas – ‘Dia Angkat Peti Besi Anggaran Berat 200 Kg’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Old Money Malaysia Kenakan Yuran Keahlian RM249, Netizen Ragu ‘Ganjaran’ Lumayan Andika Putera – ‘Dah Agak Komuniti Create Untuk Bisnes Dia’
Tawar wang RM50K

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Threads, pasangan tular itu dilihat menawarkan wang sejumlah RM50,000 bagi individu yang menyebarkan ‘screen record’ semasa siaran langsung di TikTok.
Ini susulan isu ini didakwa sudah menjadi kes polis selepas bertebaran reaksi dan komen-komen negatif daripada warganet ekoran daripada video tersebut.
Mama papa tular ini tawarkan RM50,000 untuk sesiapa yang record video raba. Konon dah jadi kes polis.
Mereka cakap dua jam live hari-hari tapi tiga minit terakhir itu orang dengki untuk jatuhkan dia.
Dalam pada itu, pasangan tular ini jugak didakwa membela diri dengan menunding jari pada netizen yang turut tidak lari daripada membuat dosa.
Imbas kembali, pasangan ini menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular video mereka didakwa melakukan aksi tidak senonoh dalam siaran langsung di TikTok.
Difahamkan, pasangan ini membuat aksi tersebut semasa sibuk menjual barangan basah di sebuah pasar.
Sumber: Threads @nurhajar_nitasya
The post Pasangan Tular Tawar Ganjaran RM50,000, Cari Individu Yang Sebar ‘Screen Record’ Aksi Didakwa Tak Senonoh first appeared on OHBULAN!.





