Perkongsian terbaharu pelakon, Ammar Alfian di media sosial menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Dah Tua, Umur Hampir 40 Tahun Tapi Masih Tak Berubah’ – Bekas Kekasih Ammar Alfian
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Kekasih Ammar Alfian Trauma, Dakwa Terima Mesej Daripada Mangsa Lain – ‘Dia Target Wanita Muda’
Banyak simpan resit

Menerusi perkongsian di Threads, Ammar berkata dia sudah lama menyimpan bukti tentang perlakuan wanita yang disyaki bekas kekasihnya.
Ammar turut memberi amaran mengenai isu undang-undang yang sedang berjalan, termasuk perintah injunksi yang dakwanya berpihak kepadanya.
Jangan sampai aku keluarkan semua bukti. Sabar dari 2024 ni. Patutnya dah tahu kesalahan diri tu duduk diam, jangan belagak ego melangit macam kau terpaling betul.
Dahlah banyak reka cerita, tak pernah ambil tanggungjawab kemudian berlagak.
Kesian Mr Simp kau tu tak tahu diri kau yang sebenar.
Ingat, kau yang kena saman, bukan aku.
Perintah injunksi pun berpihak pada aku. Tak dengar cakap peguam kau ke jangan menyalak lebih.
Difahamkan, Ammar telah lama menjalin hubungan dengan wanita itu sejak 2024, namun hubungan mereka terputus pada Januari 2026.
Ammar turut mendakwa bahawa wanita itu telah mempunyai teman lelaki baharu sebulan selepas mereka berpisah.
Sumber: Threads
The post ‘Jangan Sampai Tunjuk Semua Bukti, Perintah Injuksi Berpihak Pada Aku’ – Ammar Alfian Beri Amaran Kepada Bekas Kekasih? first appeared on OHBULAN!.





