32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasangan Pempengaruh Disyaki Sudah Kutip Derma RM3 Juta Sejak 2020

    Shopee Sale



    Pasangan suami isteri pempengaruh direman kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menyeleweng dana derma awam sejak tahun 2020.

    Artikel berkaitan: Pasangan Pempengaruh Direman 4 Hari Bantu Siasatan Salah Guna Kuasa Dapatkan Suapan

    Artikel berkaitan: Pasangan Pempengaruh Ditahan SPRM Isu Seleweng Kutipan Derma, Dibawa Ke Mahkamah Esok

    Kutipan derma mencecah RM3 juta

    Memetik laporan Berita Harian, suspek dipercayai sudah mengutip derma dianggarkan mencecah RM3 juta.

    Suspek yang merupakan pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan terbabit sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara betul.

    Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal.

    Selain pasangan tersebut, dua suspek lain turut ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes sama dan mereka kini direman empat hari hingga Ahad bagi membantu siasatan.

    Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

    MENARIK:  [VIDEO] Fad Bocey Kongsi Liku-Liku Sebelum Kahwin, Pernah Ditentang Jihan Muse

    Terdahulu, mereka ditahan antara jam 6.30 petang hingga 11 malam pada Rabu selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

    Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

    Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah