29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat Wanita Berulat Ditemui Dalam Peti Sejuk, Dikerat Kepada 59 Bahagian

    Shopee Sale



    Berita kematian tragis seorang wanita yang dikenali sebagai Mahalakshmi, 29, telah menggemparkan seluruh dunia, baru-baru ini.

    Mayat dikerat 59 bahagian

    Mayat mangsa iaitu Mahalakshmi telah ditemui di dalam peti sejuk rumahnya di Bengaluru, India pada 21 September lalu. Lebih mengerikan apabila mendapati bahawa tubuh badan mangsa telah dikerat kepada 59 bahagian dan keadaan mayat sudah mula berulat.

    Menurut sumber, ibu mangsa iaitu Meena Rana telah membuat laporan tentang kehilangan anak perempuannya dan susulan daripada itu, pihak polis mula melakukan pencarian yang akhirnya membawa kepada penemuan mayat tersebut.

    Difahamkan, turut ditemui adalah satu bagasi yang berada berdekatan dengan peti sejuk berkenaan namun pihak polis masih belum dapat menyimpulkan sama ada suspek cuba memindahkan mayat Mahalakshmi ke tempat lain ataupun ia dibawa masuk dari luar.

    Menurut sumber, mangsa dan suaminya, Hermant Das telah lama tinggal berasingan selepas wanita itu memfailkan laporan polis mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Hemant pula menuduh isterinya menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang tukang gunting rambut.

    MENARIK:  Amir Nafis Setuju Dengan Luahan Johan Ghazali, Pesan Pempengaruh Jangan Cemar Muay Thai – ‘Naikkan Nama Sukan Tinju’

    Susulan daripada maklumat yang diperolehi, pihak polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan Mahalaksmi dan percaya suspek utama adalah teman lelaki mangsa, Ashraf.

    Dalam masa yang sama, polis juga tidak menolak kemungkinan jenayah itu dilakukan lebih daripada seorang termasuk tiga orang rakan kerja mangsa iaitu Mukta, Shashidhar dan Sunil

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah