Konsert Panggung Purnama 2025 melabuhkan tirainya dengan persembahan yang menyentuh jiwa dan meninggalkan kesan mendalam di hati para penonton yang terhanyut dalam keindahan seni dan irama.
Artikel Berkaitan: Pamungkas, Bilal Indrajaya & Fugo Lengkapkan Panggung Purnama 2025, Janjikan Persembahan Istimewa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pamungkas Tetap Muncul Di Panggung Purnama Walau Bapa Baru Meninggal Dunia – ‘Dunia Saya Seakan Runtuh’
Terhibur

Kemunculan penyanyi dua penyanyi solo dari seberang, Pamungkas dan Bilal Indrajaya di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad lalu tampil menghidupkan pentas dengan aura tersendiri.
Suasana mencapai kemuncak apabila Pamungkas menguasai pentas dengan persembahan penuh emosi, mempersembahkan 16 buah lagu termasuk Risalah Hati, One Bad Day, dan To The Bone yang menggamit perasaan penonton.
Ketika membawakan lagu Begin Again, Pamungkas mendedahkan bahawa karya itu lahir daripada kisah sebenar yang menyentuh hati yang berkisar tentang ibunya dan anak saudaranya sewaktu bapanya disahkan mengalami strok pada tahun 2021.
Terbuai dalam lautan emosi, Pamungkas yang menyampaikan lagu terakhirnya, Kenangan Manis, tidak dapat menahan sebak apabila terkenang arwah bapanya yang baru sahaja meninggal dunia pada Selasa lalu, membuatkan suasana turut dirundung hiba dan menyentuh hati para peminat.
Peminat dibuai mimpi

Pada malam yang sarat dengan emosi itu, pada awalnya penonton dihiburkan dengan persembahan pembukaan daripada band tempatan yang sedang meningkat naik, Fugo, yang mendendangkan kira-kira lapan buah lagu istimewa untuk para peminat.
Seolah-olah membuai penonton dengan kenangan, Fugo yang seakan memahami jiwa peminat muzik indie turut membawa rakan seperjuangannya, Heidi Moru, untuk bersama-sama menyanyikan lagu As Long As We Stay.
Konsert diteruskan dengan persembahan memukau daripada Bilal, yang mendendangkan sekitar 12 buah lagu, sekali gus membuat para peminat tenggelam dalam alunan emosi dan melodi.
Akui terharu dengan reaksi penonton, Bilal yang dikenali menerusi lagu Niscaya, meluahkan rasa syukur dan terharu dengan sambutan hangat daripada penonton sambil menyatakan harapannya untuk kembali menghiburkan para peminat pada masa akan datang.
Harap boleh kembali, saya senang sekali kalau datang ke Malaysia.
The post Panggung Purnama Sebuah Malam, Seribu Rasa & Saksi Tangisan Pamungkas first appeared on OHBULAN!.





