30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Doa Orang Ramai Mengiringimu’ – Bella Astillah Titip Semangat Buat Syed Saddiq

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, menitipkan kata-kata semangat buat Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menjelang hari penentu prosiding rayuan kes yang dihadapinya di Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi ini.

    ‘Doa orang ramai mengiringimu’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

    Menerusi satu perkongsian di Instagram, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, turut memuat naik foto bersama Syed Saddiq dengan kapsyen ringkas tetapi penuh makna.

    Pelantun lagu Tapi Bukan Denganmu ini mendoakan yang terbaik buat bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

    Doa orang ramai mengiringimu, Syed Saddiq.

    Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai, apabila ruangan komen dipenuhi dengan ucapan semangat dan doa daripada netizen yang berharap agar segala urusan Syed Saddiq dipermudahkan.

    Bismillah, InsyaAllah lovebird..Seluruh alam mendoakan.

    Semoga ada berita gembira, semua orang gembira.

    Semoga dipermudahkan urusan YB Syed Saddiq.

    Dari pagi sampai sekarang sebak. Solat terawih tadi memang tak lupa masukkan doa untuk YB. Terima kasih YB bagi kami bahagia, doa kami untuk YB.

    Terdahulu, Syed Saddiq berkongsi satu video di media sosial meminta semua pihak mendoakan kebenaran dan keadilan buat dirinya menjelang hari penentu berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang berlangsung pada Rabu.

    MENARIK:  [VIDEO] Sheila Majid Enggan Ulas Isu Lagu Sinaran – ‘Bukan Ditujukan Kepada Saya, Tapi Syarikat Penerbitan’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah