25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Orang Berilmu Ramai, Belum Tentu Beradab’ – Fadhli Masoot Pesan Adik-Adik Lepasan SPM Jaga Adab

    Shopee Sale



    Pelakon Fadhli Masoot memberi pesanan buat adik-adik yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Isnin untuk seimbangkan ilmu dan adab.

    Artikel berkaitan: Fadhli Masoot Tiada Niat Rahsiakan Perkahwinan Dari Peminat – ‘Lepas Nikah Terus Buat Meet & Greet, Perkenalkan Isteri’

    Artikel berkaitan: Fahdli Masoot Hanya Minta Isteri Masak Telur Masak Kicap Untuk Sahur

    Jaga adab lebih penting

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Fadhli menekankan bahawa menjaga adab dan akhlak lebih penting bagi persiapan masa hadapan berbanding keputusan yang diperoleh.

    Kepada semua yang menduduki SPM, tahniah dan percayalah. Keputusan itu tak semestinya bisa jadi penentu untuk masa akan datang jika tidak terlalu baik. Ilmu dan pendidikan masih boleh di semat setelah tamat zaman persekolahan sekalipun.

    Cuma, ingatlah. Apa yang harus dibekalkan untuk masa hadapan selain ilmu adalah adab dan akhlak. Orang berilmu ni ramai, tapi belum tentu beradab.

    Dalam pada itu, Fadhli menasihati agar berusaha menjadi manusia yang lebih baik bukan sahaja dari aspek ilmu pengetahuan malah peradaban.

    Banyak orang terlepas pandang nak mengejar siapa yang paling berilmu berbanding orang yang beradab sudah tentu tidak perlu dibanding bandingkan. Jika nak bercakap tentang ilmu, iblis lebih tinggi ilmunya. Tak gitu?

    Biar keputusan secemerlang atau segagal mana sekalipun, sekurangnya kita berusaha sendiri untuk menjadi sosok manusia yang lebih baik dari sebelumnya untuk hari-hari mendatang.

    MENARIK:  Filem Pendek PETRONAS ‘Sepenuh Hati’: Bila Kali Terakhir Kita Hayati Rukun Negara?

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah