29 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ooi Tianjia Cabar Diri Di Usia 16 Tahun Sertai Ujibakat Calpis Soda OIAM

    Shopee Sale



    Seorang remaja berusia 16 tahun dan berbangsa Cina, Ooi Tianjia memikat hati para juri di pentas uji bakat Calpis Soda One In A Million dengan bakatnya yang pelbagai.

    Aktif dari umur 12 tahun

    Ketika berusia 12 tahun, Ooi Tianjia merupakan bekas peserta 8TV Family Singing Show dari musim pertama hingga musim ketiga bersama atuk dan adiknya.

    Pengalaman yang dimiliknya itu menjadikan pendorong utama Ooi Tianjia untuk terus mengejar impiannya dalam industri muzik.

    Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa menyokong saya dalam bidang yang saya minat.

    Minat saya terhadap nyanyian memang daripada kecil. Oleh sebab itu, saya belajar bermain pelbagai alat muzik yang kembangkan lagi bakat.

    Cabar diri

    Menurut Ooi Tianjia, dia berhasrat untuk keluar dari zon selesa dan mencabar diri di pentas yang lebih besar.

    Saya ingin mempersembahkan sesuatu yang baru dan berbeza di atas pentas.

    Saya ingin cabar diri keluar dari zon selesa seperti mencuba pelbagai genre lain termasuk pop, balada dan banyak lagi.

    Dengan keyakinan yang dimilikinya, Ooi Tianjia dilihat berjaya memikat hati para juri dan lulus uji bakat Calpis Soda One In A Million.

    MENARIK:  [VIDEO] Datuk Red Dedah Ada Lelaki Lain Cuba Dekati Adira – ‘Orang Tu Berkemampuan, Saya Tidak’

    Jadi bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah