31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #OBPVO2.0: [VIDEO] Mr Pov Gembira Bantu Peniaga Kecil Raih Pelanggan, Tak Kisah Ramai Hasilkan Konten Sama

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Adrian Mr Pov mengakui berasa puas apabila kandungan yang dihasilkan bukan sahaja mendapat perhatian ramai, malah turut memberi impak positif kepada peniaga kecil yang memerlukan bantuan promosi.

    Artikel Berkaitan: Mek Yun Nafi Rangkul Lengan Adrian Mr POV, Tegas Sentiasa Jaga Batas – ‘Korang Jangan Simply Guna AI’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun Dedah Wajah Lelaki ‘Misteri’, Netizen Restu Hubungan Dengan AdrianMrPov – ‘Cuba Kahwin, Kami Support’

    Ramai orang tiru konten

    Ketika ditemui , Adrian atau lebih mesra disapa Mr Pov, tumpang gembira melihat peniaga yang mula menerima kunjungan orang ramai selepas perniagaan mereka mendapat pendedahan menerusi kandungannya.

    Menurut Mr Pov, kebanyakan peniaga kecil berdepan kekangan modal untuk menjalankan pemasaran sehingga menyukarkan mereka menarik pelanggan.

    Sebenarnya itu adalah konten yang sangat memuaskan.

    Bila kita mampu hasilkan impak yang berpanjangan terutama untuk peniaga-peniaga yang layak menerima.

    Banyak peniaga kecil ini mereka kurang modal untuk buat pemasaran atau mungkin lokasi yang kurang sesuai.

    Bila mereka dapat pendedahan yang sepatutnya, saya rasa sangat gembira.

    Mr Pov berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 10 Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Ombak, KLCC baru-baru ini.

    Mengulas tindakan segelintir pencipta kandungan yang menghasilkan konten sepertinya, Mr Pov menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan positif selagi kandungan tersebut mampu memberi manfaat kepada orang lain.

    Jelasnya, idea menghasilkan kandungan sedemikian turut diinspirasikan daripada pencipta kandungan lain dan dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai individu yang mempelopori konsep tersebut.

    Sebenarnya konten saya juga diinspirasikan daripada konten orang lain. Saya bukan pencipta.

    Kalau ramai orang buat konten macam saya dan memberi manfaat kepada orang lain, saya rasa tiada masalah.

    Sementara itu, Mr Pov tercalon sebagai Top 15 kategori Content Creator Paling Viral di Paling Viral Online 2.0.

    MENARIK:  Ceddy Ang Temui Anak Kucing Kelaparan, Terus Terimbau Detik Pertama Jaga Angel

    Selain Mr Pov, kategori Content Creator Paling Viral turut menampilkan Amin & Abid, Sam Lim & Parissa, Minyak Hitam Jalanan, Abewee, Madnor, Vokey, Space Dollah, Sir Badang, Ceddy Ang, Farah Deluna, Aminahtul, Nurnisa Omar, Crystal Dietitian dan Zack Kirana.

    OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

    Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

    Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi

    Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi  Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!

    The post #OBPVO2.0: [VIDEO] Mr Pov Gembira Bantu Peniaga Kecil Raih Pelanggan, Tak Kisah Ramai Hasilkan Konten Sama first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah