28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Linda Hashim Nekad Mahu Cerai

    Shopee Sale



    Pelakon Linda Hashim kelihatan tenang berjalan menuju ke kamar perbicaraan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan kes perceraian bersama suami, aktor Beego.

    Linda nekad

    Hadir pada jam 10.40 pagi, Linda atau nama sebenar Norhazlinda Hashim, 41, berkata dia nekad untuk meneruskan perceraian kerana tiada lagi persefahaman.

    Saya harap segala urusan dipermudahkan, saya nekad mahu cerai. Memang semua orang yang berkahwin mahu selamatkan perkahwinan, namun saya tetap mahu teruskan.

    Turut hadir bersama Linda adalah peguamnya, Nurul Fadzilah Kamaruddin.

    Beego mahu selamatkan rumah tangga

    Terdahulu, Beego yang hadir lebih awal di mahkamah memberitahu akan sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 13 tahun.

    MENARIK:  Nora Danish Geram Kontraktor Buat Kerja Sambil Lewa, Terpaksa Upah Orang Lain Untuk Baik Pulih Rumah

    Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

    Perkara itu berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.

    Linda mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.

    Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

    Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah