32 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #OBBerita: Lebih 4,000 Tentera Zi**is Kehilangan Kemampuan Kekal Selepas 100 Hari Berperang

    Shopee Sale



    Selepas 100 hari genosid atau pembunuhan beramai-ramai di Palestin, lebih 4,000 tentera Israel kini bergelar orang kurang upaya (OKU).

    4,000 askar jadi OKU

    Menerusi laporan Walla Israel, hampir 60 peratus daripada jumlah itu mengalami kecederaan serius di tangan dan kaki sehingga memerlukan anggota itu dipotong.

    Kira-kira 12 peratus mengalami kecederaan dalaman membabitkan kerosakan limpa dan buah pinggang serta masalah organ dalaman lain yang pecah.

    Israel bagaimanapun tidak mendedahkan rekod awam mengenai angka korban bagi mengelak semangat dalam masyarakat merosot. Namun sebelum ini, Israel pernah mendakwa sekurang-kurangnya 520 anggotanya terbunuh sejak tercetusnya konflik Gaza.

    Sejumlah 4,000 tentera itu menerima status OKU mengikut klasifikasi tiga, yang bermaksud mereka berhak mendapat semua layanan dan hak yang diberikan kepada OKU dalam tentera Israel.

    Sementara itu, Pejabat Media Gaza mendedahkan lebih 30,000 rakyat Palestin terkorban sejak konflik Israel-Palestin yang bermula di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu. Difahamkan, lebih 7,000 orang lagi hilang dengan 70 peratus daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita.

    MENARIK:  [VIDEO] Tyra Kamaruzzaman Kongsi Momen ‘Gender Reveal’ Bersama Suami, Bakal Timang Bayi Perempuan – ‘Love, Your Mama & Ayah’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah