32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nylea Dinobat Juara Dewi Remaja 2025, Dorongan Nenek Jadi Titik Pemula

    Shopee Sale

    Perjalanan selama lapan minggu penuh cabaran akhirnya membuahkan hasil buat Nylea apabila berjaya dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2025. 

    ‘Usaha saya membuahkan hasil’

    Ketika ditemui Nylea atau nama lengkapnya Nylea Adnan, 25, meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian dirinya yang mara hingga mampu mengungguli pentas akhir Dewi Remaja 2025.

    Alhamdulillah semua usaha saya membuahkan hasil. Saya bangga dengan diri saya sendiri dan saya juga ingin ucap terima kasih kepada diri saya kerana berjaya sampai ke peringkat akhir.

    Jutaan terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang menyokong saya sepanjang program ini.

    Dalam pada itu, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui bahawa dunia hiburan bukanlah sesuatu yang pernah dia bayangkan sebagai laluan kerjaya. Namun, dorongan daripada ibu dan terutama sekali neneknya menjadi titik mula perjalanan ini.

    Nenek saya sudah dorong saya sejak saya di bangku sekolah. Tapi sejak saya mula degree, saya mula terlibat dengan bidang Kebudayaan di universiti. Dari situlah saya mula mengenali industri hiburan sedikit demi sedikit.

    Daripada tarian, saya kenal teater, nyanyian dan belajar sedikit demi sedikit dan faham tentang industri. Dari situ saya mula sedar yang saya memang minat bidang ini.

    Saya memang seorang yang kreatif sejak kecil dan nenek saya adalah orang pertama yang percaya saya boleh pergi jauh.

    Nylea berkata demikian ketika ditemui di acara Watch Party & Malam Penentuan Juara Dewi Remaja pada Jumaat.

    Masih bergelar pelajar

    Bercerita kembali mengenai perjalanannya sepanjang program itu, Nylea mengakui bahawa di sebalik jadualnya yang padat sebagai peserta Dewi Remaja, dia masih perlu menumpukan perhatian pada tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda. 

    MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jawab Hukum Buat Konten Paranormal – ‘Ada Faedah Tak?’

    Ujarnya, mengimbangi dua komitmen besar itu bukanlah sesuatu yang mudah.

    Saya kurang tidur, tapi ini memang perkara yang saya minat. Dulu pembelajaran dapat 100% fokus saya, tetapi sekarang saya bahagikan 50-50 kerana kedua-duanya adalah komitmen yang saya perlu tepati.

    Ketika ditanya mengenai usahanya untuk terus menonjol selepas program, Nylea berkata dia tidak mahu terburu-buru. Baginya, rezeki setiap orang sudah ditetapkan dan tugasnya hanya bekerja keras.

    Kalau saya nak berlakon, saya akan buat yang terbaik. Dapat atau tak, itu ketentuan Allah. Kalau rezeki, it will be mine.

    Sebagai juara, Nylea membawa pulang wang tunai RM15,000, selepang dan trofi. Dalam masa sama, dia turut membuktikan kemampuan apabila berjaya memenangi empat daripada tujuh cabaran sepanjang program.

    Di pentas akhir, keyakinan dan versatiliti Nylea terserlah menerusi dua tugasan utama iaitu persembahan bebas serta sesi soal jawab, sekali gus melayakkannya bergelar Dewi Remaja 2025.

    Tempat kedua dimenangi peserta Kuala Lumpur, Nelysa Kay yang membawa pulang RM10,000, selempang dan trofi. 

    Dheper dari Pulau Pinang meraih tempat ketiga dengan hadiah RM5,000, manakala Marisa di tempat keempat menerima RM2,000, selempang dan trofi.

    Anugerah Dewi Persahabatan menjadi milik Elisha Chew yang turut menerima RM2,000, selempang dan trofi. 

    Peserta dari Tuaran, Sabah, Sharmaine pula dinobatkan sebagai Dewi Favourite selepas meraih lebih 90,000 undian peminat, membawa pulang hadiah wang RM2,000, selempang dan trofi.

    The post Nylea Dinobat Juara Dewi Remaja 2025, Dorongan Nenek Jadi Titik Pemula first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah