33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak-Anak Didakwa Tidak Diserahkan, Cik Epal Terpaksa Batal Percutian Ke Luar Negara – ‘Saya Berhabis Puluhan Ribu Ringgit’

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Cik Epal tampil membuka mulut berhubung perancangannya untuk membawa anak-anak bercuti ke luar negara terpaksa dibatalkan di saat akhir.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik Epal Borong Baju Melayu ‘Dulang Boy’, Beri Bayangan Dah Nak Kahwin?

    Artikel Berkaitan: Cik Epal Dedah Tidak Pernah Terima Nafkah Dari Bekas Suami Sebelum Perniagaan Piza Wagyu

    Batal percutian dengan anak-anak

    Ketika ditemui , Cik Epal atau nama lengkapnya Nor Munirah Mahmud berkata keadaan tidak mengizinkan dan dia memilih untuk tidak meneruskan perjalanan tersebut walaupun segala bayaran telah dijelaskan.

    Saya terpaksa batalkan percutian, kira ‘burn’lah semua wang yang saya sudah keluarkan untuk percutian itu. 

    Kalau tak memang saya nak bawa anak-anak pergi bercuti tetapi disebabkan saya tidak dapat anak-anak saya, tak boleh nak teruskan perancangan saya. 

    Saya habiskan puluh ribu juga untuk percutian ini. Kalau boleh saya nak bercuti dengan anak-anak, jadi saya tidak akan teruskan percutian ini.

    Cik Epal berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media acara OHBulan! Paling Viral Online yang diadakan di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada malam Jumaat. 

    MENARIK:  ‘Allah Mungkin Nak Saya Layak Dapat Yang Baik’ – Daiyan Trisha

    Serah kepada mahkamah

    Meskipun netizen mula membuat spekulasi bahawa kegagalan percutian itu berpunca daripada tindakan bekas suaminya, Jofliam, yang didakwa tidak menyerahkan anak-anak, Cik Epal memilih untuk tidak mengulas lanjut. Sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak mahkamah.

    Sebenarnya saya tidak dapat anak-anak saya. Saya tak nak panjangkan isu ini 

    Saya sekarang dah malas nak ulas isu ini di media sosial, saya nak ‘bising’ di mahkamah saja. 

    Apa-apa hal biar mahkamah yang uruskan. Saya dah bawa perkara ini ke mahkamah..

    Sebelum ini, pempengaruh Ashhry Atan atau Mohamad Asri Atan memuat naik sebuah hantaran di Threads meluahkan rasa kecewa kerana perancangannya untuk bercuti di Harbin, China bersama Cik Epal tidak kesampaian.

    Untuk rekod, Cik Epal pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Jofliam pada 1 Jun 2014, namun bercerai pada Oktober tahun lalu. 

    Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Han dan Yuki.

    The post Anak-Anak Didakwa Tidak Diserahkan, Cik Epal Terpaksa Batal Percutian Ke Luar Negara – ‘Saya Berhabis Puluhan Ribu Ringgit’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah