27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Akui Tertekan Urus Kafe – ‘Complain Muzik Kuat Pun Buatkan Saya Tak Boleh Tidur Malam’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan Datin Intan Najuwa mengakui mengalami tekanan mengendalikan kafe miliknya.

    Artikel Berkaitan: Jarak Kehamilan Kedua Tak Sampai Dua Tahun Selepas Czer, Intan Najuwa Beri Pandangan – ‘Jangan Ikut Saya, Dengar Nasihat Doktor Sendiri’

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Alami Alahan Teruk Trimester Pertama – ‘Mual & Migrain Setiap Hari..Tak Boleh Hidu Bau Makanan, Nasi’

    Intan alami stress

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata, dirinya akan menjadi stres setiap kali mendapat aduan berkenaan kafe yang diusahakannya.

    Sejak buka kafe, saya stres sangat. Saya jenis cepat stres bila pelanggan buat aduan.

    Mengadu fasal muzik kuat sangat dekat kafe pun saya tak boleh tidur malam sebab berfikir. Sampai termasuk dalam mimpi fikir aduan pelanggan.

    Menurut Intan, suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman pernah mencadangkan supaya menutup premis perniagaan tersebut demi ketenangannya.

    Suami saya, sampai suruh tutup kafe itu. Duduk rumah tenang-tenang jaga dia dan Lunara.

    Sebab bila saya stres, satu rumah stres sekali.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat, salah satu punca stres yang dialami oleh Intan berkemungkinan kerana perasaan terlalu sensitif ketika hamil.

    MENARIK:  Drama Gadis Masa Bawa Tuah, Mira Filzah Wakil Malaysia Ke International Streaming Festival Global OTT Awards 2025

    Dalam masa sama, mereka juga menasihatinya bahawa perkara tersebut adalah lumrah yang perlu dihadapi pemilik perniagaan makanan dan minuman.

    Sumber: Threads

    The post Intan Najuwa Akui Tertekan Urus Kafe – ‘Complain Muzik Kuat Pun Buatkan Saya Tak Boleh Tidur Malam’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah