31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Norreen Iman & Bekas Suami Sepakat ‘Co-Parenting’ – ‘Anak-Anak Masih Perlukan Kami’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman memilih untuk terus menjaga hubungan baik dengan bekas suaminya, Mohd Razzi demi kebajikan anak-anak.

    Artikel Berkaitan: Norreen Iman Tak Ambil Hati Kecaman Netizen, Mahu Fokus Pada Diri & Keluarga – ‘Selagi Bukan Fitnah, Aku Maafkan’

    Artikel Berkaitan: ‘Dalam Perjalanan Ini Ada Sebahagian Dalam Diri Saya Hilang, Tapi Mula Menemukan Semula Kebahagiaan..’ – Norreen Iman

    Co-parenting

    Ketika ditemui , Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah menjelaskan bahawa perpisahan bukan penghalang untuk mereka terus berhubung demi anak-anak.

    Menurutnya, dia dan Razzi mengambil pendekatan pengasuhan bersama atau co-parenting bagi memastikan kebajikan serta emosi anak-anak sentiasa terjaga.

    Kalau saya jumpa Razzi di mana-mana pun mungkin itu antara momen kami dengan anak-beranak, kerana anak kami masih perlukan kami.

    Walaupun sudah tidak lagi hidup bersama, tidak bermakna yang kami langsung tak boleh nak berjumpa bila-bila namun semua itu demi anak.

    Jadi, saya dan Razzi memilih mempraktikkan kehidupan lebih sihat iaitu co-parenting.

    Norreen berkata demikan ketika ditemui dalam acara Mini Creators Fiesta ABPBH 38 di Ombak KLCC, pada Sabtu.

    MENARIK:  Nafi Culas Nafkah Anak, Hafidz Roshdi Tunjuk Bukti Transaksi Bank – ‘Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan’

    Dalam pada itu, pelakon filem Kata Hati itu turut menegaskan bahawa pertemuan mereka selepas berpisah adalah semata-mata demi anak-anak.

    Tidak perlulah bermusuh atau merayu untuk berjumpa.

    Kalau netizen nampak kami bersama di luar, itu kerana anak dan bukan masalah mereka pun.

    Terdahulu, Norreen mencuri perhatian apabila foto dan video pertemuannya bersama Razzi tular menerusi media sosial.

    Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi memandangkan mereka telah pun membawa haluan masing-masing selepas bercerai.

    Untuk rekod, Norreen Iman sah bercerai talak satu dengan Mohd Razzi di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu.

    The post Norreen Iman & Bekas Suami Sepakat ‘Co-Parenting’ – ‘Anak-Anak Masih Perlukan Kami’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah