25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nora Danish Tak Tersinggung Digelar Ustazah & Artis Contoh – ‘Saya Aminkan Doa Tersebut’

    Shopee Sale



    Nora Danish

    Sering menunjukkan contoh yang baik sejak bertudung, pelakon Nora Danish mengakui berasa bimbang dengan tanggapan segelintir pihak yang memandang dirinya terlalu mulia.

    Digelar ustazah

    Nora Danish

    Nora atau nama lengkap Nora Mohd Danish Hanif, 43, berkata, dia juga menerima banyak jolokan daripada orang sekeliling, antaranya artis contoh dan ustazah.

    Agak tertekan apabila orang bagi macam-macam gelaran kepada saya termasuk artis contoh.

    Sampai satu tahap bukan peminat sahaja tetapi rakan-rakan pun melabel saya sebagai ustazah.

    Saya tak tersinggung, cuma hanya aminkan sahaja doa tersebut. Tapi adakalanya kesilapan kecil yang saya lakukan, mereka anggap saya seperti mulia, hakikatnya tidak.

    Nora berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran butik Amber yang berlangsung di ibu kota, pada Sabtu.

    MENARIK:  Influencer Indonesia Meminta Maaf Setelah Dituduh Merendahkan Bahasa Melayu – ‘Hanya Mendiskusikan Perbezaan’

    Hadir majlis ilmu

    Nora Danish

    Mengakui tidak mudah kekal istiqamah, Nora berkata, dia banyak menghadiri majlis ilmu sebagai cara mendekatkan diri dengan Tuhan.

    Sebenarnya saya pun baru sahaja berhijrah. Takut juga melihat rakan-rakan yang lain diberi dugaan sedemikian (buka tudung).

    Saya percaya mereka dahulu pun mesti seperti saya juga kan? Sebenarnya semua saya lakukan sekarang adalah atas rezeki yang diberikan Allah SWT.

    Saya banyak menghadiri majlis ilmu supaya dapat kuatkan lagi iman ini dan cuba lakukan yang terbaik sebab percaya Allah Maha Baik. Insya-Allah dengan usaha ini kita semua dipelihara.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah