25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nora Ariffin Persoal Garis Panduan Konsert Artis Antarabangsa, Seru Mufti & Asatizah Beri Penjelasan

    Shopee Sale

    Penyanyi Datuk Nora Ariffin tampil menyuarakan pandangan berhubung penganjuran konsert penyanyi antarabangsa, The Weeknd yang berlangsung baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Kongsi Perubahan Positif Selepas 6 Bulan Jalani Bariatrik – ‘Kesihatan & Ketenangan Yang Baik Tak Boleh Dibeli Dengan Duit’

    Artikel Berkaitan: ‘Allah Tentukan Jodoh Kami Masih Panjang, Rushdi Suami Yang Baik’ – Nora Ariffin

    Sensitiviti dalam berhibur

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Nora, 53, mempersoalkan sejauh mana aspek sensitiviti agama dan budaya diambil kira sebelum artis antarabangsa diberikan kelulusan untuk mengadakan konsert di Malaysia.

    Menurut Nora, dia tidak menolak hak masyarakat untuk berhibur namun berharap garis panduan kandungan persembahan artis antarabangsa dapat diberikan perhatian serius.

    Saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan mengenai konsert The Weeknd yang berlangsung baru-baru ini.

    Persoalan saya, bagaimana dengan tanggungjawab kita terhadap masyarakat, khususnya umat Islam di negara ini

    Saya bukan mempertikaikan hak untuk berhibur. Saya sendiri anak seni dan memahami bahawa muzik adalah sebahagian daripada industri hiburan. Namun, di manakah garis panduan dan pemantauan terhadap kandungan persembahan artis antarabangsa yang dibenarkan mengadakan konsert di Malaysia?

    Apakah impaknya kepada masyarakat, khususnya generasi muda dan umat Islam?

    Dalam pada itu, Nora turut berharap agar golongan agamawan tampil memberikan pandangan dan penjelasan berhubung perkara tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Sebelum Jumpa Di Dunia, Kita Dah Jumpa Di Alam Roh’ – Ustaz Firdaus

    Tambah Nora, teguran tersebut bukan bertujuan menghukum mana-mana pihak sebaliknya sebagai peringatan untuk memastikan hiburan yang dibawa lebih bertanggungjawab.

    Pada ketika ini, saya benar-benar berharap agar para asatizah, mufti dan pihak berautoriti agama tampil memberikan pandangan serta pencerahan.

    Masyarakat memerlukan penjelasan dan panduan. Malaysia mempunyai nilai agama, budaya dan adab yang perlu dipelihara.

    Saya cuma ingin melihat hiburan yang lebih bertanggungjawab, dengan garis panduan yang jelas dan penguatkuasaan yang berkesan. Ini bukan soal menghukum sesiapa, tetapi soal tanggungjawab bersama.

    Hiburan ada tempatnya. Tetapi prinsip, akhlak dan akidah jangan sesekali diketepikan.

    Sumber: Threads

    The post Nora Ariffin Persoal Garis Panduan Konsert Artis Antarabangsa, Seru Mufti & Asatizah Beri Penjelasan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah