Pendakwah, Ustaz Firdaus berkongsi kisah alam roh yang mengumpulkan semua manusia sebelum hadir ke dunia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jodoh Telah Ditetapkan Tapi Allah Suruh Kita Usaha Cari Dengan Cara Yang Baik’ – Ustaz Adnin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mufti Menk Titip Pesanan Untuk Cepat Kahwin, Netizen Gelisah Jodoh Belum Sampai – ‘Tak Ada Orang Nak Saya’
Alam roh
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Firdaus berkata, perasaan selesa apabila bertemu seseorang adalah ekoran roh yang pernah bertemu.
Menurut Ustaz Firdaus, alam roh mengumpulkan umat pada zaman nabi Adam sehingga akhir zaman.
Sebenarnya sebelum jumpa di dunia, kita dah jumpa di alam roh.
Contoh kalau kita jumpa seseorang buat pertama kali, tapi rasa dah selesa.
Sebenarnya roh kita dah jumpa lama dah.
Waktu ketika alam roh, kita dikumpulkan. Daripada zaman nabi Adam sampai akhir zaman, roh disatukan.
Kita menghadap Allah.
Waktu itulah kita berjumpa.
Netizen kongsi pengalaman




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman bertemu seseorang dan dihadirkan rasa yang luar biasa sekali gus dikaitkan dengan keadaan roh yang pernah bertemu di alam roh.
Sumber: TikTok @ashrappchannel
The post [VIDEO] ‘Sebelum Jumpa Di Dunia, Kita Dah Jumpa Di Alam Roh’ – Ustaz Firdaus first appeared on OHBULAN!.





