
Penyanyi Datuk Nora Ariffin tampil menjelaskan status rumah tangganya yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga menjadi bualan hangat di media sosial.
Tekad untuk bercerai

Pemilik nama lengkap Datuk Wan Noraafiza Ariffin memaklumkan bahawa usaha dalam menyelamatkan rumah tangganya tidak berhasil.
Menurut penyanyi berusia 51 tahun itu, perbincangan tersebut hanya menjejaskan reputasinya sebagai seorang anak seni yang bergiat dalam industri muzik.
Saya bertekad membuat keputusan untuk memfailkan permohonan penceraian terhadap suami saya, Dr Rushdi.
Hal ini berikutan wujudnya campur tangan pihak ketiga sehingga perkahwinan kami tidak dapat diteruskan dengan aman.
Malah, turut memberi kesan kepada keselamatan saya sehingga membawa kepada pengabaian.
Berkongsi lebih lanjut, permohonan penceraian ini bakal difailkan pada 21 April jam 10:30 pagi di Mahkahmah Rendah Syariah Petaling Jaya bersama peguamnya.





