31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    NLKO Kembali Bersiaran Setelah 6 Tahun! Erra Fazira & Heliza Helmi Bergabung Sebagai 10 Hos Baharu

    Shopee Sale



    NLKO

    Selepas hampir enam tahun berehat, program temu bual Nasi Lemak Kopi O (NLKO) kembali bersiaran dengan musim baharu.

    10 hos baharu

    NLKO

    Menariknya pada musim ini, seramai 10 orang hos baharu diperkenalkan yang bakal menemani penonton setia saluran TV9.

    Antaranya ialah Erra Fazira, Fizo Omar, Fakhrul Radhi, Heliza Helmi, Barr Zaizan, Affizza Azmi, Saree Abdullah, Irfan Ali, Syamira Nazir dan Qila Shahirah.

    Pelbagai topik menarik yang akan dibincangkan merangkumi gaya hidup, kesihatan, kecantikan, fesyen, makanan dan lain-lain.

    Lebih istimewa, NLKO musim baharu akan menampilkan usahawan-usahawan tempatan yang bakal berkongsi tips kejayaan dan memberi inspirasi kepada penonton menerusi segmen ASPIRASI.

    Antara tetamu jemputan yang telah bertandang ke studio ialah duo pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, Datin Fouziah Gous, Black Hanifah, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Monsta Studio, Mohd Nizam Abdul Razak, Faizal Ismail.

    Di setiap episod, NLKO akan menampilkan usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia dan peringkat global untuk berkongsi kisah perjalanan dalam mengusahakan perniagaan.

    MENARIK:  Netizen Teruja Bella Astillah & Muaz Zabir Kongsi Satu ‘Frame’ Di Jom Heboh – ‘Layak Terima Kebahagiaan, Sweet!’

    Selain itu, NLKO juga bakal memaparkan kapsul Motivasi Secangkir Kopi yang dikendalikan oleh mentor dan pakar pemasaran terkenal iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk berkongsi pengalaman hidup dan motivasi dalam dunia perniagaan.

    NLKO bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 10.30 pagi selama satu jam di TV9.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah