30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    NIVEA Rai Peminat Dengan Kempen Beli & Menang, Peluang Terbaik Raih Tiket Ke 2026 CNBLUE Live World Tour ‘3LOGY’

    Shopee Sale

    Terkenal sebagai jenama yang unggul, NIVEA tampil sebagai penaja eksklusif bagi 2026 CNBLUE Live World Tour ‘3LOGY’ In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 11 April ini di Mega Star Arena.

    Artikel Berkaitan: CNBLUE Akhiri Jelajah 2024 ‘CNBLUE Live In Asia – VOYAGE Into X Malaysia’ Dengan Ribuan Boice

    Artikel Berkaitan: B.I Turun Malaysia! NIVEA Lancar Deodoran Derma Control Dengan Acara Pickleball Fun Play Penuh Bintang

    600 tiket untuk dimenangi

    View this post on Instagram

    A post shared by NIVEA Malaysia (@mynivea)

    Khusus untuk pengguna setia, NIVEA memperkenalkan kempen beli dan menang bagi memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman konsert yang penuh bermakna itu.

    Sebanyak 600 tiket (Standing Zone) menanti pemenang bertuah bagi menikmati persembahan hebat kumpulan terkenal dari Korea Selatan tersebut.

    Untuk makluman, semua pemegang tiket Standing Zone (sama ada yang mempunyai akses ke sesi soundcheck atau goodbye session) anda akan menikmati akses ke laluan keutamaan untuk penebusan wristband.

    Bukan itu sahaja, 10 orang pemenang dengan pembelian tertinggi berpeluang memenangi dua tiket VIP, selain dapat mengabdikan momen bersama anggota kumpulan CNBlue menerusi sesi bergambar secara one-to-one, serta poster yang telah ditandatangani.

    MENARIK:  Adira Tetap Membelakangi Datuk Red Dalam Usahanya - Dia Memperlihatkan Keberanian dan Kesungguhan untuk Berubah

    Selain itu, jika anda membeli produk NIVEA di Lotus Malaysia, anda layak memenangi dua tiket (Best View) serta barangan rasmi konsert, terhad kepada 15 pembeli dengan perbelanjaan tertinggi.

    Cara penyertaan

    Bagi penyertaan, anda hanya perlu berbelanja RM80 dan ke atas bagi produk NIVEA atau NIVEA MEN dalam satu resit, kemudian hantar butiran ke 017-898 8100 (WhatsApp), mengimbas kod QR atau di pautan penyertaan. Selain itu, anda perlu menjawab satu soalan. 

    Pemenang boleh menyemak keputusan di halaman Facebook NIVEA Malaysia. Peraduan ini berlangsung dari 1 hingga 31 Mac 2026 sahaja, jadi jangan lepaskan peluang!

    Untuk makluman, konsert ini dianjurkan oleh CK Star Entertainment dan pihak NIVEA telah memperoleh sejumlah tiket yang turut merangkumi beberapa keistimewaan eksklusif untuk ditawarkan sebagai ganjaran khas kepada pengguna setia menerusi kempen yang dianjurkan.

    The post NIVEA Rai Peminat Dengan Kempen Beli & Menang, Peluang Terbaik Raih Tiket Ke 2026 CNBLUE Live World Tour ‘3LOGY’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah