29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Teruja Tengok Siti Saleha & Kim Hye Yoon Satu Pentas – ‘Dua-Dua Cantik, Dah Macam Sebaya’

    Shopee Sale



    Aktres, Siti Saleha mencuri tumpuan ramai apabila berada di atas satu pentas bersama pelakon dari Korea Selatan iaitu Kim Hye Yoon.

    ‘Cantik gila Siti Saleha’

    Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pengguna TikTok memaparkan, kedua-dua pelakon cantik itu hadir ke Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang berlangsung, pada Rabu.

    Kim Hye Yoon dan Siti Saleha merupakan penerima anugerah dalam majlis tersebut. Pun begitu, netizen bukan sahaja berbangga dengan pencapaian Siti Saleha malah turut memuji aktres itu yang tampak berseri dengan busananya yang berwarna kuning cair.

    Selain hasil solekan make up artist (MUA) yang tidak terlalu berlebihan sekaligus menaikkan seri wajah aktres terbabit.

    Cantiknya tak tenggelam pun Siti Saleha dekat Hye Yoon, terus macam dua-dua orang Korea.

    Jarang nak puji tapi bila duduk sebelah, cantik gila Siti Saleha.

    Mulanya ingat minah saleh mana tadi, bila perati lahh Siti Saleha.

    Hebat lah Siti Saleha.

    Dah macam sebaya je diorang dua ni.

    Untuk info, Siti Saleha telah mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik – Malaysia menerusi drama bersiri SeOfis.

    MENARIK:  Serangan Terhadap IG Hetty Koes Endang, Netizen Mengingatkan Untuk Berbicara Dengan Hati-Hati - 'Jangan Main-Main!'

    Dalam kemenangan tersebut,  Siti Saleha berjaya mengenepikan pesaing dari negara Asia lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina termasuk negara tuan rumah, Korea Selatan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah