
Penyanyi Luqman Faiz menerima kecaman daripada warganet dan disifatkan tidak profesional ketika menjawab soalan yang diajukan wartawan.
Teguran netizen

Menerusi ciapan di laman X, rata-rata warganet menyelar kenyataan Luqman berkenaan hubungannya dengan rakan duet, Fieya Julia.
Menurut mereka, penyanyi berusia 24 tahun itu sepatutnya menguasai cara berkomunikasi dengan baik terutama apabila berdepan dengan media.
Sudah jadi ‘pubic figure’ tu kena belajarlah PR (public relation). Bukannya kau bergurau time merempit ni.
Tak profesional langsung.
Cara borak macam dekat kedai kopi.
Hormati Fieya
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, warganet juga meminta Luqman untuk menghormati Fieya sebagai rakan seindustri meskipun tidak menjalin hubungan cinta.
Tak baiknya, kesian dekat Fieya.
Macam Fieya taste dekat kau. Sekurang-kuranganya nama dia ada dalam carta top artis, kau ada?
Tak perlu pun cakap dia bukan taste kau.
Terdahulu, menerusi temu bual bersama media, pemilik nama Luqman Abdul Halim Faiz itu menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Fieya.
Luqman juga menyatakan bahawa Fieya bukan ‘taste’ iaitu tidak memiliki ciri-ciri wanita idamannya.
Untuk info, Luqman dan Fieya sebelum ini dilihat mesra di media sosial namun itu hanyalah bertujuaan untuk mempromosikan lagu duet mereka yang berjudul Rumit.





