Penyanyi, Faizul Sany mendedahkan sudah enam tahun menyepi daripada dunia nyanyian demi memberi tumpuan menjaga anak sulungnya, Noah yang didiagnosis mengalami gangguan spektrum autisme.
Artikel Berkaitan: Tak Nak Nampak Besar Dalam TV, Shahir Diet Ekstrem Turunkan Berat Badan – ‘Cecah 100 Kg, Rasa Mengah’
Jaga anak

Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sany, 41, berkata keputusan itu dibuat kerana mahu menguruskan sendiri keperluan anaknya yang kini berusia enam tahun.
Menurutnya, dia terpaksa menolak banyak tawaran nyanyian kerana tidak mampu memberikan komitmen.
Saya sudah tidak menyanyi dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak saya yang mempunyai kelainan upaya.
Saya menjaga anak sepenuh masa, tetapi royalti masih masuk dan saya juga mewarisi perniagaan keluarga. Jadi, dari segi kewangan, saya tiada masalah.
Banyak tawaran saya tolak. Kalau ada tawaran, saya akan berterus terang bahawa saya sudah lama tak menyanyi. Saya tidak pernah umumkan perkara ini di media sosial, cuma saya hilang begitu sahaja.
Faizul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Gegar Vaganza 13 (GV13) yang berlangsung di Damansara pada Khamis.
Bercerita mengenai perkembangan Noah, Faizul bersyukur apabila melihat perubahan positif yang ditunjukkan anaknya, termasuk memberikan respons apabila dipanggil serta semakin mampu menguruskan diri sendiri.
Tambah Faizul, keadaan Noah ketika ini terkawal dan anaknya tidak menunjukkan masalah tantrum yang membimbangkan.
Dia semakin baik, sekarang sudah enam tahun. Dia sudah pandai memberikan respons apabila dipanggil dan boleh menguruskan diri sendiri.
Saya tidak boleh menjangkakan apa-apa mengenai anak saya. Saya hanya mengharapkan yang terbaik untuknya.Dia belum boleh bercakap dan saya tidak tahu sama ada dia akan boleh bercakap atau tidak pada masa akan datang.
Selepas sekian lama memberi keutamaan kepada keluarga, Faizul kini bersedia untuk kembali menguji kemampuan diri menerusi penyertaannya dalam GV13.
Untuk rekod, Faizul mendirikan rumah tangga dengan Afzarina Yahya pada November 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah, 6, dan Aisyah, 5.
The post Enam Tahun Faizul Sany Tinggal Dunia Nyanyian, Fokus Jaga Anak Autisme – ‘Banyak Tawaran Saya Tolak’ first appeared on OHBULAN!.





