Penyanyi, Nadeera Zaini menyifatkan rakannya yang juga penyanyi hebat, Aina Abdul sebagai seorang wanita yang kuat dan tidak mudah berputus asa.
Artikel Berkaitan: Nadeera Turun Berat Badan 10 Kg Selepas Kawal Pengambilan Gula – ‘Saya Tak Buat Pembedahan Atau Ambil Ubat Kurus’
Artikel Berkaitan: Nadeera Minat Siti Nurhaliza Seawal Usia Tiga Tahun
Aina inspirasi Nadeera
Tambah pemilik nama Farah Nadeera Zaini ini, dia juga menjadikan jerih perih kehidupan Aina sebagai inspirasi untuknya meneruskan perjalanan dalam industri hiburan.
Dia seorang yang kuat, seorang kawan saya yang berhati lembut tetapi tak mudah putus asa.
Dia memang kuat walaupun tidak mempunyai figura ayah di sisi.
Dia begitu kuat dan kalaulah saya di tempat dia pun tak tahulah saya boleh sekuat dia atau tidak.
Dan cerita dia menjadikan inspirasi buat saya.
Nadeera berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast ‘Kita Kita Aje! Podcast’ yang dikendalikan Datuk Aznil Haji Nawawi.
Dah lama rapat dengan Aina
Berkongsi mengenai persahabatannya dengan Aina, pelantun lagu ‘Bukan Lagi Kita’ itu mengakui mereka sememangnya rapat sejak dahulu, namun sudah jarang meluangkan masa bersama disebabkan komitmen kerja masing-masing.
Sebelum ini saya tak ada ramai kawan dan hanya tahu dia sahaja. Dari situlah kami mula rapat.
Dahulunya kami sangat rapat dan sekarang pun masih rapat cuma masing-masing dah dewasa dan ada kerja masing-masing.
Kalau berjumpa, kami masih bertegur sapa dan tak ada apa-apa masalah cuma kalau nak pergi melepak macam dulu mungkin dah tak ada masa.
Sumber: TikTok, YouTube
The post Nadeera Jadikan Jerih Perih Aina Abdul Inspirasi – ‘Dia Sahabat Yang Kuat & Tak Mudah Putus Asa’ first appeared on OHBULAN!.





