32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nelydia Senrose Muat Naik Gambar Berhijab, Netizen Titip Doa Agar Kembali Pakai Tudung

    Shopee Sale

    Perkongsian di Instagram milik pelakon, Nelydia Senrose menuai pujian selepas dilihat ayu mengenakan hijab di samping suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

    Aritkel Berkaitan: [VIDEO] 6 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Nelydia Senrose Bersedia Jadi Ibu – ‘Saya Terima Dengan Hati Terbuka, Itu Pasti Membahagiakan Saya’

    Artikel Berkaitan: Nelydia Senrose Sudah Tanggal Tudung? Foto ‘Freehair’ Timbul Tanda Tanya

    Lawa pakai tudung

    Menerusi perkongsian itu, pemilik nama memuat naik gambar beberapa gambar pada hari Mohd Hafez dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

    Lebih menarik perhatian, Nelydia dilihat sopan mengenakan busana baju kurung dan bertudung ketika menemani Mohd Hafez.

    Pakaian Nelydia menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya memujinya kerana tampak manis mengenakan hijab.

    MENARIK:  Tak Tahu Nak Ke Mana Cuti Ni? Jom Ke DUDUK PLAYGROUND, Banyak Aktiviti Best!

    Komen netizen

    Tidak hanya itu, menjengah ke ruangan komen, netizen turut meminta supaya aktres itu mengekalkan pemakaian sopan seperti itu kerana sesuai dengan gelaran Datin.

    Dalam pada itu, netizen turut mengimbau kenangan mengatakan pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu sudah mempunyai aura Datin sejak dahulu.

    Imbas kembali, Nelydia mula berhijab pada pehujung tahun 2021. Bagaimanapun, aktres itu pernah memberitahu bahawa dirinya berasa risau sekiranya iman tidak kuat dan khuatir jika kembali dengan imej lama.

    Pada hujung tahun 2024, nama Nelydia menjadi bualan selepas dilihat tidak lagi mengenakan hijab ketika keluar bertemu khalayak ramai.

    Sumber: Instagram

    The post Nelydia Senrose Muat Naik Gambar Berhijab, Netizen Titip Doa Agar Kembali Pakai Tudung first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah