30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak Tahu Nak Ke Mana Cuti Ni? Jom Ke DUDUK PLAYGROUND, Banyak Aktiviti Best!

    Shopee Sale

    Bila masuk musim cuti sekolah mesti ramai yang dah mula rancang percutian dan aktiviti keluarga betul tak?

    Buat korang yang belum ada idea, apa kata bawa keluarga korang ke DUDUK PLAYGROUND Edisi Cuti sebab ada macam-macam aktiviti happening dan hadiah menarik menanti korang!

    Tema kali ini SELAMAT DATANG KE KEM LALALA.

    6 Sebab Wajib Singgah DUDUK PLAYGROUND Edisi Cuti 

    Makanan Sedap & Barang Menarik Semua Ada

    Kalau korang jenis suka makan sambil berjalan, ini memang syurga!

    Ada pelbagai DUDUK Makanan, dari street food sampai dessert aesthetic. Sambil jalan-jalan tu, memang macam-macam bau makanan sedap ada, confirm tak boleh tahan!

    Nak cuci mata? Banyak DUDUK SHOP jual barang lifestyle dan cenderamata eksklusif, sesuai sangat nak shopping atau cari gift sempena tahun baru!

    Port Bergambar Paling Stylish

    Mana boleh pergi event tapi tak ada gambar untuk post dekat social medial! Haa.. Dekat sini korang jangan risau ada banyak port bergambar yang super stylish, terutamanya Campers’ Stop & DUDUK Mobile yang super aesthetic! 

    Siapa pun yang ambil gambar kat sini, confirm nampak macam travel ke festival luar negara

    Lepak Santai Di Twilight Zone

    Lepas penat jalan, rehat dulu dekat Twilight Zone, sudut santai waktu senja yang perfect untuk sembang panjang sambil catch-up dengan keluarga atau kawan-kawan. 

    Bayangkan angin sepoi-sepoi dengan pencahayaan yang on-point sambil gelak dan bergurau dengan tersayang. Fuhh.. Memang healing mode ON!

    DUDUK Hour: Aktiviti Untuk Semua Peringkat Umur

    Tak kira umur, di sini ada aktiviti untuk semua orang! Ada Camp Games santai untuk korang release stress dan Ruang Kraf untuk si kecil serlahkan kreativiti mereka.. Ehem, atau ibu bapa pun boleh join kalau nak tunjuk skill..

    Di sini akan ada waktu istimewa DUDUK Hour, di mana semua orang akan berkumpul main mini games sebagai aktiviti riadah bersama tersayang.

    MENARIK:  Video: Thalia Baiduri Didakwa Mengalami Kanser? Menangis Kerana Dituduh Sakit Akibat Produk – ‘Ibu Saya Menghidap Kanser’

    DUDUK Jams: Muzik Santai Tapi Padu

    Nak winding down sambil dengar muzik best? DUDUK Jams gabungkan muzik akustik dan rentak rancak DJ yang bakal buat korang lupa segala masalah, korang hanya perlu enjoy the vibes!

    Countdown sempena tahun baru

    31 Disember nanti, pastikan korang tunggu sampai malam sebab akan ada persembahan Istimewa Malam Tahun Baru lengkap dengan countdown dan pastinya dengan persembahan bunga api* sebagai penutup tahun 2025.  Haa.. Ini lah cara chill & fun sebenar untuk sambut tahun baru.

    Ada hadiah misteri menanti korang!

    Paling dinanti-nantikan ramai! Nak dapat hadiah misteri* mudah je, hanya perlu daftar awal di SINI dan korang berpeluang dapat hadiah misteri* . Tapi ingat, siapa cepat dia dapat, sebab kuantiti sangat terhad!**

    Jangan lupa juga untuk memiliki blindbox istimewa DUDUK Blind Box Buddies, comel gila plushie ni! Semuanya ada enam rekaan jadi korang kena make sure ada satu untuk simpan sebagai kenangan okay!

    Nak nikmati lebih banyak tawaran menarik? Ambil Bingo Experience Card di kaunter pendaftaran dan selesaikan tugasan yang ditetapkan dengan mengumpulkan cop untuk dapatkan hadiah istimewa*! Tapi yang ni pun kuantiti terhad tau, jadi korang kena cepat!*

    Risau tak jumpa tempat letak kereta? Jangan bimbang~ gunakan kod promosi* Grab【DUDUK2255】untuk perjalanan yang lebih mudah dan nikmati diskaun!

    Lock kalendar korang siap-siap!

    Tarikh: 20–21 & 27–28 Disember 2025
    Masa: 4 PM – 11 PM
    Lokasi: Majestic Labs @ Eco Majestic, Semenyih

    Untuk maklumat lanjut mengenai DUDUK PLAYGROUND 2025, korang boleh layari laman web korang di SINI.

    *Tertakluk kepada terma & syarat.
    *Jadual acara dan pertunjukan bunga api tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

    The post Tak Tahu Nak Ke Mana Cuti Ni? Jom Ke DUDUK PLAYGROUND, Banyak Aktiviti Best! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah