30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Neera Azizi Terkilan Wanita Bersalin Czer Dipandang Rendah, Dianggap Tak Layak Jadi Ibu – ‘Masih Ada Lagi Pemikiran Macam Ni?’ 

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi meluahkan rasa terkilan apabila segelintir individu merendahkan wanita yang melahirkan anak secara pembedahan (c-section).

    Artikel Berkaitan: Neera Azizi Mohon Maaf Isu ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah – ‘Saya Manusia Biasa, Tak Lepas Dari Buat Salah’

    Artikel Berkaitan: Neera Azizi Bunting Pelamin, Umum Hamil Anak Pertama

    Kaedah kelahiran

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nurazneera Azizi, 27, berkata luahan itu membuatkannya rasa terkejut dan terdiam kerana tidak menyangka masih ada yang berfikiran seperti itu.

    Ada orang direct message (DM) saya tanya, ‘nanti kalau bersalin pilih normal or c-section?’.

    Saya jawab tidak pasti lagi sebab kena tengok keadaan baby dahulu.

    Kemudian individu tu jawab ‘bersalin normal saja sebab kalau c-section tidak layak bergelar ibu sebab tidak merasa sakit bersalin’.

    Saya macam speechless, tidak tahu nak jawab apa.

    Kata Neera, kedua-dua kaedah mempunyai cabaran dan kesakitan yang tersendiri.

    Seriously, masih ada lagi ke pemikiran seperti itu? Bagi saya, tidak kira bersalin normal or c-section, dua-dua pun sakit.

    Kalau mati sekalipun, dua-dua mati syahid. Semua wanita yang melahirkan layak dipanggil ibu.

    Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Hafizi Mohd Noor pada 1 Julai lalu dan dijangka menimang cahaya mata sulung perempuan pada April tahun depan.

    MENARIK:  [VIDEO] Proses Perceraian Linda Hashim & Beego Ditangguh 6 Mac – ‘Serahan Notis Kepada Defendan Tidak Berjaya’

    Sumber: Threads

    The post Neera Azizi Terkilan Wanita Bersalin Czer Dipandang Rendah, Dianggap Tak Layak Jadi Ibu – ‘Masih Ada Lagi Pemikiran Macam Ni?’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah